Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Isnin, 30 April 2012

Anugerah penghijrahan...

..Assalammualaikum warahmatullah
Bismilllahirrahmannirrahhim....


Tak ku nafikan


 "kesakitan....
         kepedihan..."

akan tetap menemani sebuah penghijrahan..
tapi ku yakini itu sudah menjadi 'rempah' bagi sebuah penghijrahan..
tak cukup hanya kata..
tapi lihat pada perjuangan dan pengorbanannya...
mampukah meninggalkan 'zaman kegemilangan' mu?



pasti sakit dan pedih..
apabila kau kini harus meninggalkan semua...
tempat,masa dan kenangan lalu...


ku tahu kau merasa terbuang..
tersingkir dan dipulaukan...
terus tersenyum wahai hati yang ingin berhijrah!
itu baru mulanya...
rentaknya masih belum 'panas' lagi...
mengapa harus bersedih?menyesal kah engkau?



lap airmata mu...
kerana..
Allah telah menjelaskannya di dalam al-quran:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke syurga,padahal belum nyata bagi Allah
orang-orang yang berjihad diantara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar"
(Ali-imran,ayat: 142)

"kamu pasti akan di uji dengan hartamu dan dirimu.Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberikan kitab sebelum kamu dari orang-orang musyrik.jika kamu sabar dan bertakwa,maka sesungguhnya yg demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan......."
(Ali-imran,ayat:186)

"apakah kau mengira bahawa kamu akan dimasukkan ke syurga,padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang dialamai oleh orang-orang terdahulu sebelummu"
(al-baqarah,ayat: 214)



sabar..sabar..dan sabar...
kerana dihujungnya pasti bahagia..
yang membuatkan kau tersenyum!



aku pasti dan yakin!
kerana Allah bersama mu...
di dalam al-quran jelas mengatakan:

"wahai orang-orang yang beriman!mohonlah pertolongan kpd Allah dengan sabar
dan solat.sungguh Allah bersama-sama orang yang sabar"
(al-baqarah,ayat:153)

"dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(al-baqarah,ayat: 45)

"dan orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan,mereka itulah penghuni syurga.mereka kekal didalamnya.."
(al-baqarah,ayat : 82)


Wahai hati yang ingin berhijrah...
teruskan berjuang!
maju ke depan...
disitu kejayaan buatmu...

"wahai hati yang tenang,kembalilah kpd tuhanmu dengan keadaan engkau berpuashati dan diredhainya disisi tuhanmu"
(al-fajr : ayat 27-28)

Hasbunallahu wa'nikmalwakil

 "  C U K U P "
Allah swt buatmu..
Al-quran panduan dan penemanmu...
sunnah rasulullah ikutanmu..

disana ada penawar hati buatmu...

"dan kami turunkan dari al-quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.."
(al-israk : ayat 82)


Dan berbahagialah engkau!







Khamis, 19 April 2012

NIKMAT SAKIT TANDA KASIH-NYA…

Assalammualaikum warahmatullah wabarahkatuh…
Selawat dan salam ke atas nabi saw,keluarga dan sahabatnya..

Alhamdulilah..segala puji dan syukur bagimu ya Allah..dengan nikmatmu.Ana kini bebas lagi menulis !jari jemari menghiasi papan kekunci computer riba… bait mula tersusun!


BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM…..

Ya Allah!
Ya Allah!
Ya Allah!

Sudah tentu dan pasti inilah ayat pertama yang akan terucap dari mulut apabila datangnya musibah!
masyaAllah…betapa ingatnya kita kepada Allah…

TETAPI!!

Hanya ketika ITU!
Sebelumnya bagaimana???
Ingatkah ‘aku’??
Bersyukur kah ‘aku’ ??

Diam……

Diam kerana diri menyimpan jawapan kepada soalan itu…!
Monolog pun bermula…
Airmata mengiringi…

(/.\)

Leka..
Lalai..
Alpa…
Itulah aku…!

Nilai sebuah sakit itu memanggilku ke jalan pulang…
Dimana tuhanku..
Dimana diriku..
Dimana amanahku…

Aku menangisinya..
Aku meratapinya..
Kerana kelalaianku..
Kerana kelekaanku..
Kerana kealpaanku…




Nikmat sakit mengajarku erti kesyukuran akan nikmat sihat..
Nikmat sakit mengajarku erti sebuah kasih sayang tuhan..
Nikmat sakit itu mengajarku erti sebuah belaian tuhan kepada hambanya…

Ketika sihat..

dunia itu tujuan utama..
Kemewahan dunia itu lebih penting..
Cinta manusia itu lebih indah..
Cinta nafsu itu lebih nikmat…

Ketika sakit…

Akhirat itu tujuan utama..
Akhirat itu lebih penting..
Cinta Allah itu terlalu indah…
Cinta kerana Allah itu lebih nikmat..

Lalu….

Aku bermuhasabah diri …
Layakkah aku ini padamu ya Allah..
Rasa berdosa menyelubungi diri
Rasa hina membaluti hati..

Namun..

ayatmu di dalam al-quran menyedarkan ku…

“…sungguh,Allah menyukai orang yang taubat “
(al-baqarah : 222)

“sesungguhnya orang-orang yang beriman,dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad dijalan Allah,mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.Allah maha pengampun,maha penyayang.”
(al-baqarah : 218)




SubhanAllah….
Barulah aku sedari…
Betapa KAU begitu mengasihani hambaMU yang terlalu berdosa ini ya Allah..
Akhirnya jalanmu ini ku lalui dengan penuh rasa cinta kepadamu…
‘Dakapanmu’ masih terasa….
Kini nikmat sihat itu lebih bermakna dengan mengingatimu…
Dunia kini bukan lagi tuju utama ku…
Tetapi akhirat!
Kerana nikmat sakit itu mengajarku erti kasih tuhan kepada hambanya…
Erti sihat pada batin dan zahirnya…
Bukan hanya ..
Sihat pada zahirnya tetapi sakit pada hati..
Hati yang rosak dan berkarat dengan duniawi…


ALHAMDULILAH…


 SIHAT SEBELUM SAKIT.HIDUP SEBELUM MATI.




p/s :aku mengingatkan diri ini dan saudara seperjuangan ku…
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.hargai nikmat sihat dengan amal ibadah sebelum sakit.ingat mati sebelum dihitung.kerana dengan mengingati mati,adalah satu cara membersihkan hati daripada ‘berkarat’…jadikan taubat itu penawar hati…Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang…
dipersilakan untuk copy & paste sekiranya bermanfaat buatmu..