Sabtu, 31 Januari 2015

Sehingga sempurna

Aku ingin kau duduk disebelah
menemankan dan ditemani aku
untuk usahakan iman dan cinta


aku ingin kau dengar setiap kali ada yang mahu aku cakapkan
walau hanya aku duduk diam dengan airmata yang tertahan
aku mahukan gengaman tangan yang menenangkan

sehingga sempurna,

aku menginginkan kau dalam setiap saling melengkapi
atas cinta dan iman kepada Dia.


310115:0424
FME

Rabu, 21 Januari 2015

Basah

Tuhan,
sesekali aku lelah dan penat.

Basahkan aku duhai Tuhan.
Dengan rahmat dan kasihmu.

agar lelah itu hilang,
sementara aku cuba berdiri lagi.