Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Jumaat, 28 September 2012

Ajar ku !






Aku kira.
aku adalah manusia yang sering merasa peritnya hidup.
rupanya dia.
manusia yang sebenarnya mengajarku keperitan hidup sebenar.



Aku kira.
aku adalah manusia yang sering diuji.
rupanya dia.
manusia yang mengajarkan aku makna ujian tuhan itu.




Senyuman mu duhai sahabat.
seperti menarik aku untuk menyelam ke jiwa mu.


senyuman ketenangan.
walau didalamnya penuh  bicara pilu.





" Allah,pertemukanlah hati ini lagi kerana di situ aku semakin mengenal-Mu "






Seperti  ada sesuatu di hujung senyuman itu.
airmata.

Penuh dengan tarbiyyah.
ajar diri untuk ingin lebih  'hidup'.





Syafakillah!

Ramizah Az'zahra Binti Rusdi.
FOW,QHE 2.
1507:290912.









p/s :  Jazakillahu khoir adik sayang lilahitaala.Sungguh ketabahanmu mencuri hati ini.Engkau wanita hebat yang mencontohi baginda Rasulullah!!semoga ukhuwah ini seperti Abu bakar al-siddiq,persahabatan dijalin   kerana al-khaliq.
p/s/s : InsyaAllah,bertemu lagi kelak.Pelukan semalam masih disimpan di qolbi  =) .



Jumaat, 7 September 2012

Seperti pelangi.



" Selesai hujan,pelangi hadir menghiasi dada langit "










Pernahkah kau melihat pelangi?
setelah hujan turun membasahi bumi.


Ia hadir seperti datangnya sebuah tarbiyyah.
setelah hujan jahiliyah semalam membasahi diri.


Hadiah terindah dari ilahi.
Seperti memujuk untuk kembali kepada-Nya.


Bebas daripada takhlukan jahiliyah.
Memeluk tarbiyyah tanpa melepaskan lagi.










 Dia dan sejuta lukisan pelanginya.
-Oki Setiana Dewi (OSD)-



Tentang cerita yang penuh dengan skenario hidup.
Amat mendidik untuk memaknai hidup.
meski lukisan pelangi ku tak sehebat 'sejuta lukisan pelangi ' dia ,aku masih mahu melukiskanya. 

=)








p/s : Ya Allah, terima kasih keindahan pelangi-Mu!
        Syukran Kathiran, jazakillahu khoir ya ukhti      
        Azriana ,mujahidah yang belum pernah ku temui,mungkinkah nanti? InsyaAllah : ) 
        yang meminjamkanku cerita tentang 'si dia dan pelanginya', 
        juga buat si bidadari dunia,
        pernah membawaku berlari melihat pelangi.
        Ukhti Nursaba Abdullah,kerana menemukan aku dengan Azriana si pemilik buku.
        Semoga segala kebaikkan kalian dibalas oleh-NYA dengan kebaikkan yg banyak.. 
        
         =)