Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Khamis, 25 Oktober 2012

Pusingan 24.




Setiap orang ada 24 jam dalam hidupnya yang sering bertukar pada setiap hari,tahun dan dekad.Tapi tak setiap orang tahu nak manfaatkan 24jam sehari yang ada tu.Ada juga orang yang menanti 24 jam seterusnya sebab rutin harian  mereka itu  sentiasa sama.seringkasnya : BOSAN.mungkinkah?

Bagaimanakah kalau 24 jam itu menjadi 24 jam kita yang terakhir?mungkin kamu,mungkin saya.
Atau 12 jam pertama itu terbuang begitu sahaja.Kosong!

dan kemudian 12 jam berikutnya barulah mula merasa ingin mengisi dengan sesuatu yang bermanfaat.
Manusia selalu macam tu.Dulunya ‘manusia-manusia’ ini pun antara manusia yang hanya menunggu pusingan 24 jam itu.Cuma satu.nak berubah atau pun tidak.


Kalau selalu kita nekad nak bangun untuk tengok bola.Apakata kali ni cuba pula untuk solat.

Kalau selalu habiskan waktu dengan baca surat akhbar sementara nak tunggu pejabat atau kelas 
buka,apakata kita solat sunat dhuha.Atau mungkin,berzikir?insyaAllah tak sia-sia.

Kalau selalu kita jumpa kawan dan ucap “hai”,apakata kali ni kita ucap “ Assalammualaikum”.orang takkan gelak sebab kita orang muslim.kan?

Kalau selalunya kita habiskan waktu lunch hour dengan lepak kat restoran dan gossip.apakata kali ni kita lepak kat surau untuk solat zuhur dan baca al-quran.atau sembang dengan kawan bagaimana nak jadi muslim produktif.

Kalau selalu tu  kita sanggup tidur lewat sebab nak khatam novel yang baru beli.apakata kali ni kita baca buku yang mendidik jiwa kita.atau mungkin tafsir al-quran.atau hadis 40 imam nawawi.mungkin..

Kalau hujung minggu tu selalu lepak dengan kawan atau pergi jamming,apakata kalau kali ni kita balik kampung ziarah keluarga.atau bantu ibu ayah.Tersenyum  ibu ayah mendoakan kita.

Kalau selalu tu kita Cuma dengar musik penangan yangwie,atau butterfingers.Apakata kali ni kita dengar asmaul husna,zikir munajat atau alunan ayat quran.sesekali tak salah kan?

Kalau bulan lalu kita nekad nak kumpul duit siap ikat perut untuk beli santa cruz,Ibanez atau roland.Apakata kali ini kita nekad kumpul duit untuk bantu saudara kat palestin.Tak rugi,sampai mati pun pahala kita jalan.insyaAllah.


Banyak benda lagi yang bermanfaat sebenarnya.hanya kita saja yang mahu ataupun menangguh.Banyak  yang boleh mendidik kita untuk hargai pusingan 24 jam tu,kalau kita memang buka mata dan tengok.Sayang sungguh pusingan 24 tu kalau apa yang kita buat sia-sia dan tak dapat keberkatan dari tuhan.Biar sekecil-kecil benda kita buat tapi mendapat keredhaan dan keberkatan Allah ,tak lah rasa rugi sangat untuk hidup dalam pusingan 24 tu .kan?Dan 24 jam tu tak cukup untuk jalankan semua perintah Allah...sanggup nak sia-sia kan?

“if you tried to number Allah blessings,you could  never count them.. “ [QS an-nahl : 18]

Tuan blog pun antara kisah ‘manusia-manusia’ tu juga.masih lagi belajar nak kenal hidup.Masih lagi terkial-kial dalam pusingan 24 tu untuk dapat balik ‘benda’ 20 tahun lalu yang dia tinggal.Ilmu Allah.Takut nanti tak ada lagi waktu.Siapa tahu…

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah keadaan diri mereka sendiri.." 
 [QS Ar-Ra’ad : 11]

“Orang –orang yang mereka seru itu,mereka sendiri mencari jalan kepada tuhan siapa di antara mereka  yang lebih dekat kepada Allah.Mereka mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya.Sungguh azab tuhanmu itu sesuatu yang (harus) ditakuti.”
 [QS al-isra’:57]


Ambillah yang 5 itu sebelum datang yang 5 lagi... 


p/s : Semoga Allah..let my feet stand firm and my heart stay unchanged.Dan kamu,hidup ini Cuma sekali,gunakanlah sebaiknya untuk bekalan ‘nanti’.Semoga kita berjumpa disyurga Allah kelak..Aamiin ya rabb.tersangat rindu pada tarbiyyah saat diri serapuh ini..! Allah………………….. =’)

Isnin, 22 Oktober 2012

Masih untuk kamu.


" lakaran kenangan terakhir di bangku sekolah"


" rindu pada kenangan kita ketika menjadi pemakai kain biru"




Teman.
Saya masih sama seperti dulu.
Yang kamu lihat mulanya di depan pintu kelas.


Saya  masih seperti dulu.
Yang selalu kau paut bahu.
 berjalan seiringan  di lorong-lorong sekolah kita.



Lorong yang melukiskan kenangan kita.
Koperasi sekolah.
Kantin sekolah.
Makmal sains pertanian.
Kebun botani.
Dewan sekolah.
Kedai PUM.
Makmal computer.
Tangga blok A,B,C
Bilik HEM.
Bilik kaunseling.
Bilik disiplin.
Dan…
Dewan makan aspuri_2008  : )




Teringat ketika mula merangka cita-cita .
Jurutera.
Pereka fesyen.
Usahawan.
Ustazah

ketawa.Ustazah?bukan senarai cita-cita antara kita.




=’)
Sungguh!
Membuatkan saya sentiasa tersenyum.
Dan teringat kamu.




" Bagi saya tiada erti perpisahan selagi kenangan itu bertanda di hati."






Kamu lah ‘kisah’ yang selalu tertulis dan mewarnai diari hidup saya.
Yang melangkah bersama  menempuh usia remaja.
Dan membawa laluan ke alam dewasa.







“ TojeQ,Acap,Chill,Olie” –  R_D.Masihkah kamu ingat?
Atau..
“Emory tyraki,kitaro ekakhi,suenichi iyanuki,kaoshi yanaki” – sakura _08.








InsyaAllah,suatu masa nanti kita berkongsi suatu ‘hadiah terindah’ ya.Buat kamu yang pernah mengajar saya erti dewasa.’Hadiah’ ini pasti akan sampai pada kamu.Saya pasti!kerana Saya tak mampu memberinya sendiri  melainkan DIA…


“Sungguh engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk   kepada orang yang engkau kasihi,tetapi allah memberi petunjuk kepada orang yang dia kehendaki,dan dia lebih tahu orang-orang yang mau menerima petunjuk.” [QS al-qasas : 56]

=)




Kerana Allah, saya selamanya sahabat kamu.
Dan kerana DIA saya sayang kamu.
NAJ_201012 : 2332
B/Padang Kota kinabalu,sabah.





P/S : Buat sahabat.Nurhayanah binti yaakub,Fauziah binti Osop,dan Sueriani binti Japar.Persaudaraan
         bukan termeterai dengan ‘bin’ atau ‘binti’, tapi cinta kerana Tuhannya.Walaupun menjejaki alam
         dewasa tanpa kamu,tapi kenangan lalu itu lebih banyak mentarbiyyah diri.Semoga ukhuwah ini
         berpanjangan hingga ke syurga.Aamiin ya rabb.Salam persahabatan juga buat 5Duranta_0809 .
        Namanya sahabat bukan ketika senang sendiri,tapi ketika jauh dimata.Saling mengingat dan
        Mendoakan.

Jumaat, 28 September 2012

Ajar ku !






Aku kira.
aku adalah manusia yang sering merasa peritnya hidup.
rupanya dia.
manusia yang sebenarnya mengajarku keperitan hidup sebenar.



Aku kira.
aku adalah manusia yang sering diuji.
rupanya dia.
manusia yang mengajarkan aku makna ujian tuhan itu.




Senyuman mu duhai sahabat.
seperti menarik aku untuk menyelam ke jiwa mu.


senyuman ketenangan.
walau didalamnya penuh  bicara pilu.





" Allah,pertemukanlah hati ini lagi kerana di situ aku semakin mengenal-Mu "






Seperti  ada sesuatu di hujung senyuman itu.
airmata.

Penuh dengan tarbiyyah.
ajar diri untuk ingin lebih  'hidup'.





Syafakillah!

Ramizah Az'zahra Binti Rusdi.
FOW,QHE 2.
1507:290912.









p/s :  Jazakillahu khoir adik sayang lilahitaala.Sungguh ketabahanmu mencuri hati ini.Engkau wanita hebat yang mencontohi baginda Rasulullah!!semoga ukhuwah ini seperti Abu bakar al-siddiq,persahabatan dijalin   kerana al-khaliq.
p/s/s : InsyaAllah,bertemu lagi kelak.Pelukan semalam masih disimpan di qolbi  =) .



Jumaat, 7 September 2012

Seperti pelangi.



" Selesai hujan,pelangi hadir menghiasi dada langit "










Pernahkah kau melihat pelangi?
setelah hujan turun membasahi bumi.


Ia hadir seperti datangnya sebuah tarbiyyah.
setelah hujan jahiliyah semalam membasahi diri.


Hadiah terindah dari ilahi.
Seperti memujuk untuk kembali kepada-Nya.


Bebas daripada takhlukan jahiliyah.
Memeluk tarbiyyah tanpa melepaskan lagi.










 Dia dan sejuta lukisan pelanginya.
-Oki Setiana Dewi (OSD)-



Tentang cerita yang penuh dengan skenario hidup.
Amat mendidik untuk memaknai hidup.
meski lukisan pelangi ku tak sehebat 'sejuta lukisan pelangi ' dia ,aku masih mahu melukiskanya. 

=)








p/s : Ya Allah, terima kasih keindahan pelangi-Mu!
        Syukran Kathiran, jazakillahu khoir ya ukhti      
        Azriana ,mujahidah yang belum pernah ku temui,mungkinkah nanti? InsyaAllah : ) 
        yang meminjamkanku cerita tentang 'si dia dan pelanginya', 
        juga buat si bidadari dunia,
        pernah membawaku berlari melihat pelangi.
        Ukhti Nursaba Abdullah,kerana menemukan aku dengan Azriana si pemilik buku.
        Semoga segala kebaikkan kalian dibalas oleh-NYA dengan kebaikkan yg banyak.. 
        
         =)
      






Isnin, 27 Ogos 2012

Rindu.


Setelah ramadhan meninggalkan pergi...
syawal datang meng'hidupkan' ku memenuhinya dengan kesederhanaan...
Penuh dengan cinta yang sukar untukku lihat..
dengan makna yang penuh dalam..


Andai bicara itu boleh meluahkan segala..
pasti airmata pula penterjemahnya..
Entah mengapa sukar untuk berkata-kata!


Sepertinya ada yang aku rindukan...





p/s : Sungguh merindui saat indah ramadhan!
         Semoga bertemu  lagi  dan semoga bertarbiyyah hingga ramadhan terakhir.. 
          :')








Rabu, 8 Ogos 2012

Ramadhan itu mentarbiyyah

Assalammualaikum warahmatullah wabarakatuh...
sekali hati bertinta,semoga ianya memberikan ingatan dan manfaat ...




"hai orang-oarng yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa" (QS.Al-baqarah:183)






Bila mula buka cerita tentang ramadhan,semua orang muslim dah tahu nak definisikan ramadhan tu apa,walaupun ramadhan tu sebenarnya adalah salah satu bulan di dalam bulan islam.Bulan yang diwajibkan ke atas orang islam untuk berpuasa sebulan.



Ramadhan =  berpuasa




kita tahu makna ramadhan,kita tahu peristiwa ramadhan,tapi kita tak 'hidup' dalam makna tu.Ramadhan yang dinanti  adalah  ramadhan untuk dihayati,untuk dihidupkan,untuk membersihkan diri daripada 'sawang-sawang' kejahilan.Bukan untuk diertikan dengan moreh,persediaan raya,meriam buluh dan bazaar ramadhan segalanya.tapi apa yang saya dan anda semua dapat lihat hanya makna semua ni,seolah-olah dah jadi budaya yang susah nak tinggal.


Ramadhan ini lah sebaiknya kita mengisi ruang-ruang waktu yang ada,penuhkan malam dengan sujud menghadap tuhan,menikmati keindahan tahajud didalam makna yang dalam.

Ramadhan inilah kita mencorakkan langkah untuk berubah,berubah untuk menjadi lebih baik.lebih bermakna pada diri.Antara langkah untuk mendekati tuhan.InsyaAllah..

 =)




Ramadhan lebih mentarbiyyahkan diri untuk berubah .... 
=)





InsyaAllah..









Semoga ramadhan lebih bermakna dan bertanda dalam diri ...





Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. 

(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)








Ramadhan itu menghidupkan 'hidup' agar jahiliyah itu pergi menjauh ....
Semoga ramadhan ini bukan sekadar cerita yang menjulang dongengan..
tetapi sebuah kejayaan...
Aamiin ya rabbal a'lamin..





p/s :Antara aku dan kau  Semoga ramadhan kali ini bermakna,lebih mendidik....
        ya Allah,semoga ini bukan ramadhan yg terakhir hamba.. =)

Ahad, 8 Julai 2012

Jatuh cinta =)

Hari demi hari ku intai rasa ini sepertinya kian bercambah...
SubhanAllah!Aku seperti sedang jatuh cinta ya Allah!

=)

hanya mampu tersenyum...
ternyata Tarbiyah itu menakhluki hatiku dengan izin-Mu ya Rabb...

Jika para ilmuan ditanya tentangnya..


 "Menurut Dr Ali Abdul Halim Mahmud dalam buku beliau -'peringkat-peringkat tarbiyyah Ikhwanul muslim mendefinisikan Tarbiyah sebagai suatu cara ideal berinteraksi dengan manusia untuk mengubah mereka dari suatu keadaan kepada keadaan yang lebih baik."


Dan...



jika aku ditanya tentang tarbiyah..


Seolah-olah aku ingin memberitahu seluruh bumi dan isinya..
Mencari satu persatu makna yang harus kucantumkan didalam satu huraian yang panjang..


Inilah tarbiyah..
Tentang cinta yang mendidik hati dan diri...!
kemanisan hidayah membawa aku kepada tarbiyah ini....





p/s : Tarbiyah ini untuk aku dan dirimu!







Khamis, 14 Jun 2012

Pandang Dan dengar manusia

Aku seringkali melihat pada pandangan mata manusia,
Sehingga aku lupa pada pandangan Allah..
Aku seringkali mendengar kata-kata manusia,
Sehingga aku lupa pada firman Allah..





Memang benar...
Aku bukan penilai hati setiap manusia..
Kerana aku hanya hamba tuhan..
Aku bukan manusia yang lepas dari segala dosa..
Kerana aku bukan maksum..
Aku bukan manusia hebat atau terkenal..
Kerana aku hanya seorang Nur Afthirah Humaiyra..




Jika bagimu aku  ingin  disanjungi..
Demi Allah,aku manusia hina yang serendah-rendahnya..
Jika bagimu mempamerkan ilmu..
Demi Allah,akulah manusia jahil itu..



Kata sang naqibah...
“Duhai ukhty sayang..
Hiasilah peribadimu dengan sifat hudznuzon(bersangka baik)…
Kerana bersangka baik itu lebih memudahkanmu daripada su’zon(bersangka buruk)..
Kerana ia hanya membawa kemudaratan dan kehinaan padamu disisi tuhan..”
-kak lai-


"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya tumbuh ditepi jalan.Dilempar buahnya dengan batu namun tetap dibalas dengan buah"

-Abu Bakar as siddiq-



p/s : Duhai diriku dan dirimu…
        Tiada ilmu terbaik melainkan datangnya daripada Allah Swt..
        Tiada kemuliaan darjat melainkan disisi Allah..
        Tiada kebaikkan melainkan bersangka baik..
        Tiada pandangan utama melainkan pandangan Allah ..
        Dan tiada kata-kata terbaik melainkan Firmannya dan sabda Rasulullah..





Isnin, 21 Mei 2012

Ku Rindukan Ukhwah Fillah itu . . .

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakaruh...




Mengingatimu,membuatkan aku tersenyum duhai sahabat!
Mengingatkan aku pada pertemuan dahulu…

Ketika aku tidak menegurmu..
Kau senyum bersapa..

Ketika aku berpaling..
Kau paut bahuku..

Ketika aku duduk bersendirian..
Kau datang mmenemaniku..

Dan ketika aku memerlukan seseorang sahabat..
Kaulah orang itu!





Mengingatimu,membuatkan aku tersenyum duhai sahabat!

Mengingatkan daku pada ukhwah yang terbina diatas tali kasih kepada Allah..


Ketika aku lupa…
Kau mengingatkan…

Ketika aku hanyut…
Kau membawaku kembali..

Ketika ku jatuh…
Kau bangun bersamaku..

Dan ketika aku dipinggirkan..
Kau setia disisi..



Sehingga kini..

Aku masih tersenyum mengingatimu walaupun airmata mengalir…
Kerana aku merasa takut pada sebuah perpisahan…
Hari semakin hari..
Yang semakin mendatang!

Kuyakini pertemuan dan perpisahan ini kerana Allah!















P/s : Aku menyayangimu kerana Allah!semoga bertemu disyurga kelak =) Amin ya rabbal a'lamin...




Ahad, 20 Mei 2012

Layakkah aku?

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sekali lagi aku kembali berbicara....





Alhamdulilah...
kini seorang 'aku' telahpun berada ditahun 2 sem 2..
sebagai JP...
Ini bermakna hanya beberapa ketika sahaja aku akan menjejakkan kaki ke tahun 3....


Maka dengan itu....
bergantilah 'bip' berwarna biru dari bahuku...
dan bergantilah ia ke warna merah!
warna keramat bagi Jururawat Pelatih a.k.a JP
suatu yang dinanti-nanti..
dan sudah pasti semuanya mempunyai rasa yang sama...

Tersenyum!
sepi!


Bermacam rasa silih berganti...
dari memakai 'bip' berwarna hijau
kepada biru...
dan sebentar sahaja lagi
akan berganti merah....


Namun...


Amanah dan debaran bergaul hebat!
semakin hari semakin sebati...
Sukar bagiku memakai 'bip' berwarna keramat ini 
andai aku masih terlalu banyak yang kurang....!


Layakkah aku?

--__________--"


"Mumaridho"




p/s : Semoga Allah mempermudahkan segalanya bagiku.Ini ujian terhebat buatku kerana Allah tahu aku  mampu!insyaAllah...! Man jadda wa jadda,wa man zaro'a hasadda!

Bawa ku kembali..

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...








Bawa aku kembali......

Andai aku alpa...

Andai aku lalai...

Andai aku leka....



Bawa aku kembali ...

andai aku bernada riak...

andai aku bernada ujub...

andai aku bermegah-megah



Bawa aku kembali...

andai aku hanyut...

andai aku berpaling...

andai aku mengeluhi takdir..



Kerna mana mungkin aku mampu membebaskan diri dari dosa-dosa...
dan mana mungkin aku sanggup mengotorkan diriku dengan dosa-dosa ini....
Bawalah aku kembali jika sememangnya aku lupa pada Allah dan Rasulullah...


firman Allah :
"Bantu-membantulah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa,dan janganlah bantu-membantu dalam berbuat dosa dan permusuhan... "
(surah Al-Maidah : ayat 2)

Jumaat, 18 Mei 2012

Seindah Tulip !

Assalammualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...





Seindah Tulip...
Tumbuh memekar...
setelah kembangnya..
maka layu dan gugurlah ia...
berlalu semusim
hilanglah indahnya di tatapan mata...
kerna itulah riwayat si bunga tulip..
hanya sekejap..



maka jangan ditanya mengapa aku memilih tulip...



sekurang-kurangnya tulip mengingatkan aku adanya 'mati'...
mengingatkan aku kehidupan itu hanya sementara dan seketika..
jika tidak dimanfaatkan sebaiknya dengan taat pada 'pencipta'  diwaktu hidupku...
maka,pergilah seorang aku bersama sisa dosa dan kehinaan....






Selasa, 15 Mei 2012

Perjalanan Ini




Bismilahhirrahmannirrahim....


Telah ku persiapkan diri...
Demi menempuh perjalanan ini...
Telahku kebalkan diri..
Jika panahan fitnah dan cacian menikam diri..
Kerna perjalanan ini takkan ku hentikan tenggelam dek duniawi..



Perjalanan ini masih jauh untuk ditempuh....
onak dan duri masih kejap di bahu jalanan menanti lalu...
namun mata hanya dipejam rapat...
Ada yang masih disini bersama bergelung badai...
DIA sentiasa bersama hambanya yang sabar....
seperti mana firmannya...
dilaman Al-Quran yang cantik berlakar...
dihiasi bahasa nan indah ..


"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar..."
( surah Al-baqarah ayat 153)



Perjalanan ini diteruskan berbekalkan keyakinan pada-NYA...
berbekalkan cinta dan kasih pada-NYA...
membuatkan ku tertunduk malu jika aku pasrah dan berputus asa tanpa usaha..
membuatkan aku malu jika berpaling...
Kerana perjalanan ini sia-sia tanpa Redha-NYA...



Langkah kaki ini...
masih mahu belum berhenti....
kerna ingin terus mentarbiahkan diri...
masih ingin mengislah dan menghukum diri...
setelah bertahun hidup bertuhankan duniawi..


Perjalanan ini akan diteruskan...
demi sebuah amanah kepada Tuhan...
demi sebuah pengorbanan dan demi sebuah cinta kasih...
dan Biarkan ia sehingga hembusan nafas terakhir....

kerna ia perjalanan sebuah penghijrahan..

Dan dakwah kepadamu...



p/s : Ilmu,amal,dakwah! Lilahita'ala...










Jumaat, 11 Mei 2012

Hadiah Ilahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarahkatuh..



Dari tanpa arah ke sujud

hati lantas mencoretkan sesuatu...












Ada perih dan lirih...

Ada air mata yang dipertaruhkan..

Ada rasa bagai terbuang..






Namun..

ketenangan itu hampir padaku..

Keinsafan itu membimbingku...

untuk menyelami sebuah perjalanan penghijrahan...





Ya Allah..

terima kasih Buat semuanya...

Biarkan aku bertemankan airmata...

Namun KAU dekat padaku...


Inilah hadiah darimu ...

yang kunantikan...

ku pohon ketetapan hati padamu...

Amin ya rabbal a'lamin..




p/s : doa...
"Ya Allah yang membolak balikkan hati kami,tetapkan lah hati dan iman  kami padamu "


Isnin, 30 April 2012

Anugerah penghijrahan...

..Assalammualaikum warahmatullah
Bismilllahirrahmannirrahhim....


Tak ku nafikan


 "kesakitan....
         kepedihan..."

akan tetap menemani sebuah penghijrahan..
tapi ku yakini itu sudah menjadi 'rempah' bagi sebuah penghijrahan..
tak cukup hanya kata..
tapi lihat pada perjuangan dan pengorbanannya...
mampukah meninggalkan 'zaman kegemilangan' mu?



pasti sakit dan pedih..
apabila kau kini harus meninggalkan semua...
tempat,masa dan kenangan lalu...


ku tahu kau merasa terbuang..
tersingkir dan dipulaukan...
terus tersenyum wahai hati yang ingin berhijrah!
itu baru mulanya...
rentaknya masih belum 'panas' lagi...
mengapa harus bersedih?menyesal kah engkau?



lap airmata mu...
kerana..
Allah telah menjelaskannya di dalam al-quran:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke syurga,padahal belum nyata bagi Allah
orang-orang yang berjihad diantara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar"
(Ali-imran,ayat: 142)

"kamu pasti akan di uji dengan hartamu dan dirimu.Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberikan kitab sebelum kamu dari orang-orang musyrik.jika kamu sabar dan bertakwa,maka sesungguhnya yg demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan......."
(Ali-imran,ayat:186)

"apakah kau mengira bahawa kamu akan dimasukkan ke syurga,padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang dialamai oleh orang-orang terdahulu sebelummu"
(al-baqarah,ayat: 214)



sabar..sabar..dan sabar...
kerana dihujungnya pasti bahagia..
yang membuatkan kau tersenyum!



aku pasti dan yakin!
kerana Allah bersama mu...
di dalam al-quran jelas mengatakan:

"wahai orang-orang yang beriman!mohonlah pertolongan kpd Allah dengan sabar
dan solat.sungguh Allah bersama-sama orang yang sabar"
(al-baqarah,ayat:153)

"dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(al-baqarah,ayat: 45)

"dan orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan,mereka itulah penghuni syurga.mereka kekal didalamnya.."
(al-baqarah,ayat : 82)


Wahai hati yang ingin berhijrah...
teruskan berjuang!
maju ke depan...
disitu kejayaan buatmu...

"wahai hati yang tenang,kembalilah kpd tuhanmu dengan keadaan engkau berpuashati dan diredhainya disisi tuhanmu"
(al-fajr : ayat 27-28)

Hasbunallahu wa'nikmalwakil

 "  C U K U P "
Allah swt buatmu..
Al-quran panduan dan penemanmu...
sunnah rasulullah ikutanmu..

disana ada penawar hati buatmu...

"dan kami turunkan dari al-quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.."
(al-israk : ayat 82)


Dan berbahagialah engkau!







Khamis, 19 April 2012

NIKMAT SAKIT TANDA KASIH-NYA…

Assalammualaikum warahmatullah wabarahkatuh…
Selawat dan salam ke atas nabi saw,keluarga dan sahabatnya..

Alhamdulilah..segala puji dan syukur bagimu ya Allah..dengan nikmatmu.Ana kini bebas lagi menulis !jari jemari menghiasi papan kekunci computer riba… bait mula tersusun!


BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM…..

Ya Allah!
Ya Allah!
Ya Allah!

Sudah tentu dan pasti inilah ayat pertama yang akan terucap dari mulut apabila datangnya musibah!
masyaAllah…betapa ingatnya kita kepada Allah…

TETAPI!!

Hanya ketika ITU!
Sebelumnya bagaimana???
Ingatkah ‘aku’??
Bersyukur kah ‘aku’ ??

Diam……

Diam kerana diri menyimpan jawapan kepada soalan itu…!
Monolog pun bermula…
Airmata mengiringi…

(/.\)

Leka..
Lalai..
Alpa…
Itulah aku…!

Nilai sebuah sakit itu memanggilku ke jalan pulang…
Dimana tuhanku..
Dimana diriku..
Dimana amanahku…

Aku menangisinya..
Aku meratapinya..
Kerana kelalaianku..
Kerana kelekaanku..
Kerana kealpaanku…




Nikmat sakit mengajarku erti kesyukuran akan nikmat sihat..
Nikmat sakit mengajarku erti sebuah kasih sayang tuhan..
Nikmat sakit itu mengajarku erti sebuah belaian tuhan kepada hambanya…

Ketika sihat..

dunia itu tujuan utama..
Kemewahan dunia itu lebih penting..
Cinta manusia itu lebih indah..
Cinta nafsu itu lebih nikmat…

Ketika sakit…

Akhirat itu tujuan utama..
Akhirat itu lebih penting..
Cinta Allah itu terlalu indah…
Cinta kerana Allah itu lebih nikmat..

Lalu….

Aku bermuhasabah diri …
Layakkah aku ini padamu ya Allah..
Rasa berdosa menyelubungi diri
Rasa hina membaluti hati..

Namun..

ayatmu di dalam al-quran menyedarkan ku…

“…sungguh,Allah menyukai orang yang taubat “
(al-baqarah : 222)

“sesungguhnya orang-orang yang beriman,dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad dijalan Allah,mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.Allah maha pengampun,maha penyayang.”
(al-baqarah : 218)




SubhanAllah….
Barulah aku sedari…
Betapa KAU begitu mengasihani hambaMU yang terlalu berdosa ini ya Allah..
Akhirnya jalanmu ini ku lalui dengan penuh rasa cinta kepadamu…
‘Dakapanmu’ masih terasa….
Kini nikmat sihat itu lebih bermakna dengan mengingatimu…
Dunia kini bukan lagi tuju utama ku…
Tetapi akhirat!
Kerana nikmat sakit itu mengajarku erti kasih tuhan kepada hambanya…
Erti sihat pada batin dan zahirnya…
Bukan hanya ..
Sihat pada zahirnya tetapi sakit pada hati..
Hati yang rosak dan berkarat dengan duniawi…


ALHAMDULILAH…


 SIHAT SEBELUM SAKIT.HIDUP SEBELUM MATI.




p/s :aku mengingatkan diri ini dan saudara seperjuangan ku…
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.hargai nikmat sihat dengan amal ibadah sebelum sakit.ingat mati sebelum dihitung.kerana dengan mengingati mati,adalah satu cara membersihkan hati daripada ‘berkarat’…jadikan taubat itu penawar hati…Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang…
dipersilakan untuk copy & paste sekiranya bermanfaat buatmu..

                                




        





Khamis, 16 Februari 2012

La tahzan tentang jodoh!

Assalamualaikum warahmatullah...

@>-'-,-'-,-------------


siapa dia?
        dimana dia? 
                bagaimanakah dia?                     


inilah persoalan yang sentiasa bermain di hati ...
sering bertanya kan dan menantikan 'si dia "...
yang dipertemukan oleh Allah SWT..dalam penuh cinta dan redha kepada Allah..
pertemuan dalam redha-NYA..
iaitu pernikahan...
iaitu jodohmu...

kadang kala diri tertanya-tanya ..
hati berduka..
penantian itu adalah suatu ujian...
mohon pada Allah agar diri dikuatkan..
menanti pasang hidup di jalan yang diredhai Allah swt... 

LA TAHZAN! (jangan bersedih)
 firman Allah yang terlalu syahdu itu sering menguatkan kita dan
sering memperingatkan kita..

"wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula).."     (QSAn-nur 24:26)




Wahai yang berduka!jangan ragu dan sedih tentang jodohmu...semua itu telah tertulis di luh mahfuz...berusaha lah beroleh solehah..berusaha lah mencintai Allah dan rasulullah...penuhi hatimu dengan cinta kepada-NYA....agar cintamu terjaga...

Tidak semua orang mendapatkan apa yang di ingini tetapi ingat lah bahawa yang kamu sukai itu belum tentu terbaik buatmu,...seperti mana firman Allah SWT..

"“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”  (Surah al-Baqarah, 2:216)

lalu...
hapuskan air mata mu...
carilah kekuatan disitu... ^______________^ 
Allah bersama kita!.. 

"Dan ingatlah tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut .... "(Al-A'raf ayat 205)