Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Ahad, 18 Ogos 2013

Kilometer.





...Rupanya jauh itu cuma jarak.






Jauh itu banyak bercerita tentang hidup.
paling penting adalah kehebatan alam tuhan.
untuk manusia macam kita yang perlu banyak belajar.


Jauh itu menemukan kita bahawa banyak orang baik-baik.
untuk kita tahu ada orang lebih baik dari kita.
dan belajar hakikat  'baik' itu betul-betul.

kadang kala jauh itu membisikkan ketenangan.
Ternyata hebat hidayah Allah.
buka mata. buka hati.


Dan mungkin jauh itu sedang didik diri makna syukur.
Bukan cuma kilometer.





 Ini.
Travelog Ramadhan 1434H.
Membakut-kota kinabalu-semporna.



Katakanlah "Mengembaralah kamu di muka bumi,
kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang- orang 
yang telah lalu (yang telah dibinasakan);
kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang musyrik"
_Ar Rum : 42







P/S :  Perjalanan yang spontan. tanpa perancangan. tapi banyak kisah pengalaman. Alhamdulilah di dalam                                        lindungan Tuhan. Buat sahabat, Nursaba Binti Abdullah : saya sayang semporna kerana ada kamu di situ. :') 



Isnin, 5 Ogos 2013

Bisikkan.

...Aku mahu membisikkan sesuatu.






Kita ada banyak kisah.Kadang buat kita susah nak tinggalkan sebab semua macam dah jadi isi, kulit, darah dan tulang dalam diri.  _ Kan?




Blog ini juga dulu mess with cerita 'dulu-dulu'.Tak tentu tajuk.Asal jadi cerita untuk kisahkan diri. Buang masa ber-jam untuk entry : kosong-bosan-merapuh. 



Mungkin tak tahu apa fakta nak diceritakan.Sebab diri bukanlah 'kaki' kaji benda fakta untuk kongsi post yang bagus-bagus - Rasa macam terseksa bagai menghadam buku sejarah waktu sekolah dulu.



Itulah 'fikiran' zaman 'jahiliyah' diri.








"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui.
kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani. 
 Semua itu akan diminta pertanggungjawabannya"
__Al-Isra 17: 32




Pap! 




Sungguh! rasa ditampar oleh realiti. Dan sebenarnya banyak perkara lagi yang boleh dijadikan cerita. kisah. dan mungkin hobi. Diri yang tak sedar betapa roh dan jasad sedang bawa amanah dari Allah untuk ISLAM.






Allah gerakkan tangan dan hati kita. Tulis dan lukis tentang iman, islam, dan kehebatan Allah. Betapa itulah kisah terhebat. 




"Sesungguhnya orang-orang yang beriman,
dan orang-orang yang berhijrah
dan berjihad di jalan Allah, 
mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.
allah maha pengampun, maha penyayang."
__ Al-Baqarah 2:218







Dibawah sedar tertanam cinta pada dakwah. Buat kita jatuh cinta.
Ternyata bukan sekadar pena yang berkata-kata, tapi hati turut sama merasa. Indahnya tarbiyyah.




" Wahai orang-orang yang beriman! 
jika kamu menolong (agama) Allah
nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
__muhammad 47:7 




:')
Dakwah.





" Bila nanti kita bertemu, aku mahu lagi bercerita. aku harap kau tidak lekas bosan, kerana
aku bukan budak sastera"





"Err..dan ku harap kau suka. "







p/s :  Buat diri, Semoga hati yang lurus terus lurus dan tidak lagi condong. 
        Buat kamu, Dengarkan. Bisik ke hati. :)
        






Misi.



"... semoga langkah ini menjadi saksi 'nanti'. "





Misi.
Sebenarnya bawa banyak makna pada kita. Dan yang saya tahu : Jururawat.  Matlamat. Dan sebenarnya Allah wujudkan dua makna itu untuk kita. Perjuangan yang punya matlamat.Bukan sekadar cerita.  :)




Buat si bakal pejuang. U29. U19.
Semoga bermula perjuangan.Moga siap segala usaha.Moga berbekal Peluru doa.
Langkah itu bukan biasa Tapi langkah pejuang nusa Yang menyebar segala cinta Terhadap Allah swt dan rasul.
Moga kau pejuang yang tak kenal lelah.







p/s : Setelah alami, barulah saya faham. Betapa Allah memilih kita. Inshaa Allah si pejuang U29.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Terindah.








Sebenarnya.
Dia cukup untuk segalanya.
malah lebih dari itu.

Hakikatnya.
kita yang selalu jauh.
Dan makin jauh.

Namun tanpa sedar.
Kita akan kembali juga kepada hakikat penghambaan diri.
Pada Dia.

Ya pada dia.
dan pastinya Dia peneutralisasi segala kepayahan.
kesakitan.
kedukaan.
Bahkan kehinaan.


:')

Dia yang tak pernah berhenti.
Walau kita yang yang menjauh.
Dia sang pemujuk hati.


Allah Azza wajalla.
Sang pencipta terindah.





p/s : Ternyata hidup semakin indah dibawah rahmat Tuhan. Allah S.w.t