Khamis, 14 Jun 2012

Pandang Dan dengar manusia

Aku seringkali melihat pada pandangan mata manusia,
Sehingga aku lupa pada pandangan Allah..
Aku seringkali mendengar kata-kata manusia,
Sehingga aku lupa pada firman Allah..





Memang benar...
Aku bukan penilai hati setiap manusia..
Kerana aku hanya hamba tuhan..
Aku bukan manusia yang lepas dari segala dosa..
Kerana aku bukan maksum..
Aku bukan manusia hebat atau terkenal..
Kerana aku hanya seorang Nur Afthirah Humaiyra..




Jika bagimu aku  ingin  disanjungi..
Demi Allah,aku manusia hina yang serendah-rendahnya..
Jika bagimu mempamerkan ilmu..
Demi Allah,akulah manusia jahil itu..



Kata sang naqibah...
“Duhai ukhty sayang..
Hiasilah peribadimu dengan sifat hudznuzon(bersangka baik)…
Kerana bersangka baik itu lebih memudahkanmu daripada su’zon(bersangka buruk)..
Kerana ia hanya membawa kemudaratan dan kehinaan padamu disisi tuhan..”
-kak lai-


"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya tumbuh ditepi jalan.Dilempar buahnya dengan batu namun tetap dibalas dengan buah"

-Abu Bakar as siddiq-



p/s : Duhai diriku dan dirimu…
        Tiada ilmu terbaik melainkan datangnya daripada Allah Swt..
        Tiada kemuliaan darjat melainkan disisi Allah..
        Tiada kebaikkan melainkan bersangka baik..
        Tiada pandangan utama melainkan pandangan Allah ..
        Dan tiada kata-kata terbaik melainkan Firmannya dan sabda Rasulullah..