Aku seringkali melihat pada pandangan mata manusia,
Sehingga aku lupa pada pandangan Allah..
Aku seringkali mendengar kata-kata manusia,
Sehingga aku lupa pada firman Allah..
Memang benar...
Aku bukan penilai hati setiap manusia..
Kerana aku hanya
hamba tuhan..
Aku bukan manusia yang lepas dari segala dosa..
Kerana aku bukan maksum..
Aku bukan manusia hebat atau terkenal..
Kerana aku hanya seorang Nur Afthirah Humaiyra..
Jika bagimu aku ingin disanjungi..
Demi Allah,aku manusia hina yang serendah-rendahnya..
Jika bagimu mempamerkan ilmu..
Demi Allah,akulah manusia jahil itu..
Kata sang naqibah...
“Duhai ukhty sayang..
Hiasilah peribadimu dengan sifat hudznuzon(bersangka
baik)…
Kerana bersangka baik itu lebih memudahkanmu daripada
su’zon(bersangka buruk)..
Kerana ia hanya membawa kemudaratan dan kehinaan padamu
disisi tuhan..”
-kak lai-
"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya tumbuh ditepi jalan.Dilempar buahnya dengan batu namun tetap dibalas dengan buah"
-Abu Bakar as siddiq-
p/s : Duhai diriku dan dirimu…
Tiada ilmu
terbaik melainkan datangnya daripada Allah Swt..
Tiada
kemuliaan darjat melainkan disisi Allah..
Tiada
kebaikkan melainkan bersangka baik..
Tiada
pandangan utama melainkan pandangan Allah ..
Dan tiada
kata-kata terbaik melainkan Firmannya dan sabda Rasulullah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan