Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Isnin, 21 Mei 2012

Ku Rindukan Ukhwah Fillah itu . . .

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakaruh...




Mengingatimu,membuatkan aku tersenyum duhai sahabat!
Mengingatkan aku pada pertemuan dahulu…

Ketika aku tidak menegurmu..
Kau senyum bersapa..

Ketika aku berpaling..
Kau paut bahuku..

Ketika aku duduk bersendirian..
Kau datang mmenemaniku..

Dan ketika aku memerlukan seseorang sahabat..
Kaulah orang itu!





Mengingatimu,membuatkan aku tersenyum duhai sahabat!

Mengingatkan daku pada ukhwah yang terbina diatas tali kasih kepada Allah..


Ketika aku lupa…
Kau mengingatkan…

Ketika aku hanyut…
Kau membawaku kembali..

Ketika ku jatuh…
Kau bangun bersamaku..

Dan ketika aku dipinggirkan..
Kau setia disisi..



Sehingga kini..

Aku masih tersenyum mengingatimu walaupun airmata mengalir…
Kerana aku merasa takut pada sebuah perpisahan…
Hari semakin hari..
Yang semakin mendatang!

Kuyakini pertemuan dan perpisahan ini kerana Allah!















P/s : Aku menyayangimu kerana Allah!semoga bertemu disyurga kelak =) Amin ya rabbal a'lamin...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan