Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Rabu, 27 Julai 2011

JODOH itu ketentuan ALLAH ....

Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?
Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.
Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.



Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.
2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir

Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

(Ana kongsikan...!sumber-blog seorang hamba ALLAH..syukran atas perkongsian..)

Selasa, 26 Julai 2011

TIPS CANTIK UNTUK MUSLIMAH..

Kalian ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

10 SURAH DAPAT MENGHALANG 1O UJIAN BESAR ALLAH SWT

..........(¯`v´¯)
..........`•.¸.•´ 10 SURAH DAPAT MENGHALANG 1O UJIAN BESAR ALL...AH SWT

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪(¯`*•.¸,¤​°´`°¤,¸.•*´¯)♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨​*•♫♪

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala..

ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥​ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥✿ღ♥



(ana dpt dari FB utk perkongsian bersama..)

Ahad, 24 Julai 2011

~ ~ ~ hanya KAU mengerti YA ALLAH ~ ~ ~

ASSALAMUALAIKUM...


***ENTRY***
YA ALLAH,AMPUNI HAMBAMU INI...
KUATKAN HAMBA MU INI...
DALAM MENCARI KEREDHAAN MU...




YA ALLAH..
DAKAPLAH AKU DALAM KETENANGAN..
USAPLAH HATI KU YANG DALAM KESAYUAN..
BIARKANLAH AIRMATA KU MENGALIR MENGENANGMU..
AKU HAMBAMU YANG YANG SERING TEWAS...
KUATKANLAH AKU YA ALLAH...
SEANDAINYA KAU INGINKAN KU..
JEMPUTLAH AKU DALAM KEREDHAAN MU...

YA ALLAH..
SEGALA RESAHKU..
SEGALA TANGISKU...
SEGALA KESEDIHANKU..
BAGAIKAN TIADA RUANG LAGI UNTUK DIPAMERKAN DI HATIKU..
NAMUN KAU PUJUK DIRI INI..
KU TAHU KAU BERBICARA DENGANKU..
KU TAHU KAU HAYATI TANGISKU..
AKU INGIN TENANG YA ALLAH...
BERSAMAMU AKU TENANG..



Hari ini..pilihan terbaik telah dibuat...
alhamdulilah..tnggu ianya berlarutan sampai bila2 yang ku mampu..

kata adikku yg ALLAH pertemukan aku di FB,
"mungkin itu yang terbaik untuk akak buat.."
syukran ya ukhti.. sofea zahra...
akak SAYANG adik..

ANA UHIBBUKI FILLAH...SOFEA ZAHRA...

syukrann
 
 

Jumaat, 22 Julai 2011

bersabar wahai hati.....

*** ASSALAMUALAIKUM***

Bila hati mula melakar,jari mula meniti papan kekunci laptop aku ni...



Alhamdulilah hari ini..aku masih diberi kesempatan untuk bernafas ..

syukur pada nikmat ALLAH buat aku...


Sabar,sabar,sabar....

itu aje yang aku mampu lakukan..mampu teruskan..

hanya bersabar untuk mendapat redhanye..

sebab aku yakin setiap apa yg terjadi pasti ada hikmahnye,.

sekali lagi aku diuji oleh ALLAH untuk mengajar aku bersabar...

hebatnye dugaan ALLAH..

mendidikku untuk terus besabar..

Hari demi hari..

minit berganti minit...

pelbagai dugaan datang menghampiriku...

terkadang aku menangis..terkadang aku hanya sujud dan menyepi...

namun aku yakin sepenuhnya DIA sedang mengujiku...

Derita,kecewa,gembira..

dihadirkannya...hanya kadang kala aku terleka...

astagfirrullahhal'azim...

bersabar lah wahai hati...

"itukan ujian tuhanmu,jangan sekali-kali kau sesali.."

tatkala hati mula bermonolog,barulah aku menyedarinya..

terlalu hebat nilainya BERSABAR....

ya ALLAH..jadikanlah hamba-Mu ini diantara kalangan hamba-Mu yg bersabar..





Selasa, 19 Julai 2011

JIKA AKU JATUH HATI...



BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...


YA ALLAH..

JIKA AKU JATUH CINTA..

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG 

YANG MELABUHKAN CINTANYA PADAMU..

AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAIMU..

YA MUHAIMIN...

JIKA AKU JATUH HATI..

IZINKAN AKU MENYENTUH HATI SESEORANG

YANG HATINYA TERTAUT PADAMU...

AGAR TIDAK TERJATUH AKU DALAM JURANG CINTA NAFSU..


YA RABBANA..

JIKA AKU JATUH HATI..

JAGALAH HATIKU PADANYA..

AGAR TIDAK BERPALING DARIPADA HATIMU..


YA RABBUL IZZATI..

JIKA AKU RINDU..

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG..

YANG MERINDUI SYAHID DIJALAN MU....


YA ALLAH..

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIHMU..

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI..

KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT.

DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR MU..
YA ALLAH... 
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIHMU..

JANGAN BIARKAN AKU TERTATIH  DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN..

MENYERU MANUSIA KEPADAMU...


YA ALLAH..

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIHMU..

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS

SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA 
PADA-MU...




AMIN..YA RABBAL A'ALAMIN...

=,=



khas untukmu sayangku... =,=






Kepada insan yang aku sayangi,
Wahai sayangku, mengapa kau sering bersedih hati? Mengapa matamu yang indah itu sering kau basahi dengan airmata? Janganlah kau bazirkan airmata mu itu demi sesuatu yang tidak bermakna dan merugikan diri sendiri. Apakah kau lupa pada Pencipta kita? Ingatlah kau tidak pernah keseorangan tatkala kau merasakan dunia ini meminggirkan kau.
Tahukah kau bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria? Ujian itu tarbiyyah kepada kita. Kadang kala kita berasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung bebannya.  Ada ketika kita berasa letih menghadapi ujian yang melanda diri.
Tapi ingatlah sayang, Allah s.w.t tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika kita tidak mampu menghadapinya. Oleh itu, kau hadapinya dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang sabar.Cuba kau renungi sepotong Kalamullah ini;
"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah."(Surah Al-Baqarah 2:286)
Kau juga harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang  dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu. Ingatlah pada Khaliq Maha Pencipta. Dia akan sentiasa berada di sisimu tidak kira kau dalam kesenangan mahupun kesusahan.Maka, sekalah airmatamu itu. Tabah dan teruskan perjuangan kau dengan aman. Berhentilah dari berkeluh-kesah kerana keluh-kesah itu datangnya dari bisikan syaitan durjana. Mintalah pada-Nya supaya kau diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melalui dugaan hidup.
Sayangku, si manis.
Ingin aku layangkan setitip pesanan buat diri mu dan juga diri ku ini. Kita hanya menumpang hidup di dunia Allah yang fana ini. Dunia ini umpama kita berjalan di dalam hutan yang penuh dengan duri-duri yang tajam serta binatang buas yang sering kali kita tidak sedari. Kadang kala kita alpa dengan keindahan dan ketenangannya. Lupa pada bahaya yang setia menanti di hadapan sana. Jika kita tidak berhati-hati, kita akan terluka di cucuk duri-duri tajam yang berbisa itu. Kau akan merintih dan mengaduh kesakitan.Menangis dan mengharapkan pertolongan.
Sayang, kita harus berhati-hati kerana terdapat banyak binatang buas di dalam hutan yang sedang kau lalui itu. Mereka hanya menunggu masa untuk menyerang mangsanya. Andai kata kau tersilap langkah, kau akan diterkam dan dibaham oleh binatang-binatang itu. Begitulah jugalah kehidupan kita. Dalam mengharungi hidup yang penuh dengan ranjau berduri, kita sering berhadapan dengan masalah yang sering meyesakkan jiwa dan minda kita.
Kadang kala masalah itu sendiri meragut ketenangan hati sesorang insan. Fikiran melayang entah ke mana dan jiwa itu tidak pernah tenteram. Mulalah fikiran negatif berlegar-legar di minda. Pelbagai soalan bermain di benak fikiran.Hati tidak keruan memikirkan masalah. Insan yang lemah itu mula melupakan pada Penciptanya yang Maha Esa. Lupa segalanya.
Janganlah kau menjadi seperti itu. Jangan kau lupakan siapa yang mencipta dirimu dan apa tawajuh kehidupan kau sebenarnya sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Hilangkanlah segala kesedihan. Kau pujuklah hatimu dengan janji Ar-Rahman. Sesungguhnya kau akan berasa lebih tenang. La Tahzan, wahai sayang!
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran:139)
Wahai sayang,
Aku mengerti apa yang kau rasakan di dalam hatimu itu. Jiwa kau terhimpit dengan penyesalan. Kau berasa gusar di atas kealpaan kau suatu ketika dahulu. Dirimu dipalit dengan dosa-dosa hitam. Aku sering mendengar kau merintih pada Allah s.w.t. tatkala kau berteleku di tikar sembahyangmu. Menangislah kerana Allah s.w.t. Jika kau mengalirkan airmata keinsafan, itu amat bermakna buatmu. Cara itu mampu mendekatkan kau dengan-Nya. Mintalah pada-Nya keampunan dan kemaafan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Ambillah iktibar dari firman Allah s.w.t ini;
"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu kau meminta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika kau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan keampunan seluas bumi pula."(Riwayat Al-Tarmizi no: 3534 dan Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)
Jadikan kisah silammu itu sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup. Sematkanlah di dalam hati supaya kau tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Berpegang teguh pada tali agamamu. Ingatlah pada ajaran Islam. Rasul bermadah bahawa "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."  
 Kau harus ingat sayangku. Kau amat beruntung dilahirkan dalam Ad-Din yang sempurna ini. Teruskanlah dengan membasahi bibirmu itu dengan zikrullah dan kalamullah serta bermunajatlah pada Allah. Percaya dan yakin bahawa Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan mengurniakan maghfirah buat dirimu, sayangku. Kita adalah hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Kesilapan akan menguatkan diri kita.
Akhir kali ingin aku katakan, berusahalah sedaya yang kau mampu dan letakkanlah penggantunganmu kepada Allah.
Dari,
Insan yang menyayangi dirimu

Sabtu, 16 Julai 2011

Warkah untuk calon suamiku....









Assalamualaikum.apa kabar buat calon suamiku. Semoga Allah sentiasa
merahmati dan memberkati dirimu , doaku tidak
pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keridhaanNya

Rasulullah SAW pernah bersabda: Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang
solehah,

Alhamdulillah, itulah anjuran Islam melalui Rasulullah SAW yang kita cintai.
Pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga rumah tangga muslim yang bakal dibina saat menikah nanti.

Wahai calon suamiku,

Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara, kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah agamannya, maka beruntunglah kedua tanganmu.

Itulah sebuah pijakan utama buatmu memilih calon isteri. Sebuah pijakan
utama itu telah menjadi hafalanku sejak aku beranjak dewasa

Wahai calon suamiku,

Jika harta yang engkau idamkan, maka ketahuilah diriku bukanlah orang yang
berada. Tiada harta yang dapat kupersembahkan dalam ijab-kabul kita nanti.
Tiada harta sebagai jaminan bahwa engkau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab-kabul telah dilafazkan.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (QS Ar Ruum: 21)

Jika keturunan yang engkau dambakan, ketahuilah bahwa aku hanyalah manusia biasa dari keluarga yang biasa pula. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan yang mulia, ayahanda adalah Nabi Adam as dan bunda Siti Hawa as, sama seperti mu.

Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orangyang bertawakkal kepada-Nya. Jika Allah menolong kamu, Maka tak adalah orangyang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dariAllah sesudah itu? karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal. (QS. Ali Imran: 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahwa engkau juga tidak terlepas seperti manusia yang lainnya. Ketahuilah wahai calon suamiku, jika kecantikan itu yang engkau inginkan dari diriku, maka engkau telah salah langkah.

Tiada kecantikan yang terlihat orang lain yang dapat kupertontonkan padamu.
Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Engkau hanya akan sia-sia jika
hanya menginginkan kecantikan lahiriah semata.

Dan aku tidak dapat menjanjikan, bahwa aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nantinya, karena aku memerlukan engkau untuk bersamaku untuk menegakkan dakwah islam ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markaz dakwah dan tarbiyah islamiyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung, Allahu Rabbi.


Mencari ilmu agama secara bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini
sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekal ilmu agama yang ada ini, aku ingin menjadi isteri
yang sentiasa mendapat keridhaan dari Allah dan suamiku.

Hal itu tak lain untuk memudahkan aku membentuk rumah tangga muslim antara aku, engkau dan anak-anak kita nantinya untuk dibina dan diberikan
pendidikan dengan ketaatan kepada Allah SWT. Aku pun hanya akan bercita-cita untuk bisa bergelar pendamping solehah bagi sang suami, seperti yang
dijanjikan Rasulullah SAW.

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakankamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dandari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yangbanyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nyakamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu?. (QS An Nisa: 1)

Calon Suamiku yang dirahmati Allah

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allahtelah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain(wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dariharta mereka?. (QS. An Nisaa: 34.)

Aku yakin bahawa engkau adalah pemimpin untuk diriku dan anak-anakku sebagai pewaris dakwah Islam. Maka, jadikanlah pernikahan ini nantinya sebagai asas pembangunan iman, bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan
ikatan pernikahan sebagai hawa nafsu semata.

Semoga diriku dan dirimu sentiasa didampingi rahmat dan keridhaanNya.
Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan nilai kesabaran, dan ketabahan. Semoga kita akan menjadi salah satu daripada jamaah menuju ke syurga, insya Allah.

Ketahuilah wahai calon suamiku, bahwa aku tidak pernah mendambakan mas
khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai arti kita
dipertemukan Allah atas dasar agama.

Cukuplah seandainya, maharku adalah sebuah qalam mulia, Al-Quran, karena aku meyakini qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita untuk meraih keridhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat hanya sementara.

Bantulah aku dalam memperjuangkan dakwah Allah ini melalui pernikahan,
karena ia adalah tempat untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang
sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada harta duniawi yang ingin kau
sediakan untukku.

Kutitipkan sebagian dari pengetahuanku melalui buku "Jalan Dakwah" karya
Syaikh Mustafa Masyhur, yang tidak lagi berwujud keborosan dan kebakhilan
karena semuanya berada di dalam sikap qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada), ridha dan yakin.

Wahai calon suamiku,

Lihatlah rumahtangga Rasulullah SAW, terkadang sebulan pernah dapurnya tidak berasap karena tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Namun, walau begitu susahnya, rumahtangga Rasulullah SAW tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia, yang tidak ada bandingnya hingga hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan surat ini. Cukup dahulu aku buat
surat ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman
bertintakan hati ini. Akhirnya, saya mohon maaf, biarlah rindu ini
ditumpahkan dalam tinta daripada jemu tatkala kita disatukan.


Khamis, 7 Julai 2011

Perjalanan sebuah pencarian










Bismillahhirrahmannirrahhim...

siapa?
apakah?
mengapa?
siapa tuhanku?
mengapa aku dilahirkan???
lincah bermain difikiranku...
hingga kini masih belum kutemui jawapan..
ku melangkah,melangkah..dan melangkah..
kesana kesini mencari pengakhirannya..
sedang asyik ku mencari,
terdengar alunan suara..
gemersik mengegarkan jiwa..
ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..

Suara apakah ini?
apakah ertinya?
begitu tenang jiwa terasa..
ibarat angin sedang menyapa..
lengkah ini kuteruskan 
tujuan sama ..
namun arah tuju yang berbeza..
mencari apakah suara itu.

.
sedang asyik mencari..
menyapa seorang tua..
begitu indah budi bicara..
membawa bersama berita gembira..
inilah penrhentian ku..
disinilah jawapanku..
lafaz LAILAHA'ILLALLAH..
menjadi "saksi" bagiku..
pembebasan belenguku..
ALLAH TUHANKU..
ISLAM AGAMAKU..
DISINILAH PENGAKHIRAN BAGIKU...

amin ya rabbal alamin...

(puisi yang dihadiahkan oleh seseorang hamba ALLAH..6/julai/2011)