Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Rabu, 23 Januari 2013

s.a.h.a.b.a.t


Sahabat,ada rindu !





Mungkin kah ada buku yang mampu terjemahkan makna ‘rindu’ ?
Atau..
buku yang mengisahkan tentang rindu?

Makna rindu ini apa?
Dibalik ukhuwah fillah ini..
Kadang tu…
Apa yang cuba kita terjemahkan itu masih tak sama dengan apa yang dikata oleh hati.
Tapi satu tafsiran mendalam amat berbekas bila  mana ingat kenangan bersama .

Lama bersama..
Mengejar  dewasa…
Membawa islam di antara belahan ramai manusia..
Itu kadang apa yang selalu kita perjuangkan..
Tapi bila tiba masa..
Berpisah juga mengikut masa.

Airmata?
Siapa diantara kita yang boleh bertahan tanpa kasih dan kisah persahabatan?
Aku?
Atau……kamu?

Ya rahman.
Pelihara aku.
Pelihara mereka.

Ya Rahim.
Pelihara iman ku.
Pelihara iman mereka.



Persahabatan.
Bila islam jadi penghubung.
Bila Allah jadi penaung.
Di situ kasih berpayung.

Sahabat..
Bila dekat menasihati bersama.
Bila jauh saling mendoa.
Di situ rindu terbina.




Cahaya_130113:1304_B201


p/s :Kerana ukhuwah terbina
        Atas tali kasih Allah
        Maka rindu ini juga bertanda kerana-NYA
        Mungkin kerana tarbiyyah
        Yang buat aku menjadi perindu kamu semua =’)