Assalammualaikum warahmatullahi wabarakaruh...
Mengingatimu,membuatkan
aku tersenyum duhai sahabat!
Mengingatkan
aku pada pertemuan dahulu…
Ketika
aku tidak menegurmu..
Kau
senyum bersapa..
Ketika
aku berpaling..
Kau
paut bahuku..
Ketika
aku duduk bersendirian..
Kau
datang mmenemaniku..
Dan
ketika aku memerlukan seseorang sahabat..
Kaulah
orang itu!
Mengingatimu,membuatkan
aku tersenyum duhai sahabat!
Mengingatkan
daku pada ukhwah yang terbina diatas tali kasih kepada Allah..
Ketika
aku lupa…
Kau
mengingatkan…
Ketika
aku hanyut…
Kau
membawaku kembali..
Ketika
ku jatuh…
Kau
bangun bersamaku..
Dan
ketika aku dipinggirkan..
Kau
setia disisi..
Sehingga
kini..
Aku
masih tersenyum mengingatimu walaupun airmata mengalir…
Kerana
aku merasa takut pada sebuah perpisahan…
Hari
semakin hari..
Yang
semakin mendatang!
Kuyakini
pertemuan dan perpisahan ini kerana Allah!
P/s : Aku menyayangimu kerana Allah!semoga bertemu disyurga kelak =) Amin ya rabbal a'lamin...