Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Khamis, 16 Februari 2012

La tahzan tentang jodoh!

Assalamualaikum warahmatullah...

@>-'-,-'-,-------------


siapa dia?
        dimana dia? 
                bagaimanakah dia?                     


inilah persoalan yang sentiasa bermain di hati ...
sering bertanya kan dan menantikan 'si dia "...
yang dipertemukan oleh Allah SWT..dalam penuh cinta dan redha kepada Allah..
pertemuan dalam redha-NYA..
iaitu pernikahan...
iaitu jodohmu...

kadang kala diri tertanya-tanya ..
hati berduka..
penantian itu adalah suatu ujian...
mohon pada Allah agar diri dikuatkan..
menanti pasang hidup di jalan yang diredhai Allah swt... 

LA TAHZAN! (jangan bersedih)
 firman Allah yang terlalu syahdu itu sering menguatkan kita dan
sering memperingatkan kita..

"wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula).."     (QSAn-nur 24:26)




Wahai yang berduka!jangan ragu dan sedih tentang jodohmu...semua itu telah tertulis di luh mahfuz...berusaha lah beroleh solehah..berusaha lah mencintai Allah dan rasulullah...penuhi hatimu dengan cinta kepada-NYA....agar cintamu terjaga...

Tidak semua orang mendapatkan apa yang di ingini tetapi ingat lah bahawa yang kamu sukai itu belum tentu terbaik buatmu,...seperti mana firman Allah SWT..

"“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”  (Surah al-Baqarah, 2:216)

lalu...
hapuskan air mata mu...
carilah kekuatan disitu... ^______________^ 
Allah bersama kita!.. 

"Dan ingatlah tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut .... "(Al-A'raf ayat 205)




Selasa, 14 Februari 2012

marah ! ! !

Assalamualaikum 
@>-;-,-'-,-'---------- Assalammualaikum warahmatullah...


Aaarghhhh........terlalu sukar di bayangkan dan mengalami apabila diri berada di bawah kuasaan 'KEMARAHAN'.....
astagfirullah....  T.T ....
sukarnya mengawal.....   =,=!

tetapi diri mulai sedar....
aku kini di uji..sejauh mana kekuatan aku untuk bersabar.... =,=
aku menyesal kerna marah....
sedangkan rasulullah saw telah mengajar dan membimbing bagaimana untuk mengawal dan menghilangkan kemarahan .....
SubhanAllah....
indahnya islam....
cukup dengan tips menghilangkan kemarahan tanpa perlu membayar.....
Ampuni aku ya Allah... :'(
insan kerdil ini terlalu jahil...daif...




TIP-TIP MENHILANGKAN @ MENGURANGKAN KEMARAHAN.... ^^

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bermaksud :

"Jangan kami memutuskan silaturahim dan jangan kamu bergaduh dan jangan kamu berhasad dengki dan jadilah hamba Allah s.w.t yang bersaudara."


KUNCI utama mengawal kemarahan adalah SABAR...


seperti mana firman Allah ta'ala :

" wahai orang-orang yang beriman!mohonlah pertolongan (kepada Allah ) dengan SABAR dan solat.Sungguh,Allah berserta orang-orang yang sabar "  (Al-baqarah ayat 153)




p/s : buat diriku yang hina..mulakanlah azam baru anda!kurangkan kemarahan dan hilangkannya.. ^^ insyaAllah..juga buat semua saudara seperjuangan seagamaku... ^^

" orang yang berjaya itu adalah orang yang berjaya menahan hawa nafsunya.. ^^  "

Sabtu, 4 Februari 2012

Tenggelam di 'lautan' duniawi

“Wahai manusia!sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang sebelum kamu,agar kamu bertakwa”
(surah Al-baqarah-ayat 21)


Tidak mampu dinafikan,hidup di dunia ini hanya sekali.Tapi bukanlah yang ‘sekali’ itu untuk menikmati kenikmatan dunia sepuasnya sehingga melupakan ‘tujuan asal’ kita dan ‘asal’ kita.Dunia ini hanya persinggahan.Namun apa?kita leka dalam mengejar nikmat dunia tanpa menoleh sedikit pun pada perintah Allah.Lupakah kita pada ayat-ayat suci yang terpahat di dalam Al-quran..
“…orang-orang yang melanggar perjanjian ALLAH setelah (perjanjian) itu diteguhkan,dan memutuskan apa yang diperintahkan ALLAH untuk disambungkan ,dan berbuat kerosakan dibumi.Mereka itu orang-orang yang rugi…” (surah Al-baqarah-Ayat 27)
Kadang kala kita masih tidak mengakui salah dan silap diri sedangkan kebenaran berada dihadapan mata.Jelas sekali kita sendiri yang membutakan mata kita.Namun bagaimana pula dengan hati?adakah ia nya turut sama buta?
Tanya diri,Tanya iman.kita lebih memahami diri sendiri berbanding orang lain dan tentunya ALLAH S.W.T lebih maha mengetahui segala-galanya sedang kita tidak mengetahuinya.
“..dan tidakkah mereka tahu bahawa ALLAH mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan..” (surah Al-baqarah-ayat 77)
Manusia kini berlumba-lumba mengejar kesenangan dan kenikmatan duniawi sehingga sanggup berbuat apa sahaja asalkan mampu memiliki apa yang dihajati.Kedudukan dan pangkat menjadi kayu pengukur manusia.Harta menjadi rebutan,sehingga ada yang lebih memilih untuk menjaga hartanya berbanding menjaga kehormatan dirinya,menjaga hartanya berbanding menjaga hubungannya sesama saudara dan Apatah lagi hubungannya dengan Allah yang dibiarkan kelam tanpa cahaya ilahi.Hati penuh dengan kegelapan dan terisi dengan dosa-dosa.Naudzubillahminzalik..
Persoalannya,sanggupkah kita membiarkan diri kita tersisih dari Nur-Nya?Hanya kerana kenikmatan dunia serta kesenangan di dunia yang sementara dan akan hilang pada akhirnya.
Wahai orang yg lembut hatinya,biarkan dirimu bagai terpenjara di dunia yang sementara ini berbanding menikmati kenikmatan dunia yang akhirnya menghantarmu ke lembah hitam!penuh kegelapan.
Dari Abu hurairah r.a katanya,Rasulullah SAW pernah bersabda,maksudnya:
“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”
                                                                                      (riwayat muslim, 4/2488 sahih muslim)

Dunia lebih hina daripada bangkai!
Dari jabir bin ‘Abdullah r.a katanya:”pada suatu hari Rasulullah SAW lalu di pasar melalui bahagian atas.Orang banyak mengikuti beliau di kiri dan di kanan.Beliau bertemu dengan bangkai seekor anak kambing yang kecil kedua telinganya.Lalu dihampiri dan diambilnya anak kambing pada telinganya.Kata beliau,
“siapa kah diantara kamu yang suka membeli ini dengan satu dirham?”
Jawab mereka,”Kami tidak suka sedikit jua pun.Untuk apa bagi kami.”
Tanya beliau,”sukakah kamu diberikan dengan percuma?”
Jawab mereka,”sekalipun dia hidup kami tidak akan mahu,kerana anak kambing itu bercacat.Kedua telinganya kecil.Apalagi dia sudah menjadi bangkai .”
Sabda Rasulullah SAW,“Demi Allah,sesungguhnya dunia lebih hina di sisi Allah Ta’ala daripada anggapanmu terhadap bangkai ini.”
                                                                                       (Riwayat Muslim, 4/2489 sahih muslim)


Kesimpulannya,mari kita muhasabah diri!nilai balik diri kita.seimbang kah dunia dan akhirat atau dunia lebih dititik beratkan?
Oleh itu,wahai yang lembut hatinya,seimbangkan dunia dan akhiratmu!