Selasa, 14 Februari 2012

marah ! ! !

Assalamualaikum 
@>-;-,-'-,-'---------- Assalammualaikum warahmatullah...


Aaarghhhh........terlalu sukar di bayangkan dan mengalami apabila diri berada di bawah kuasaan 'KEMARAHAN'.....
astagfirullah....  T.T ....
sukarnya mengawal.....   =,=!

tetapi diri mulai sedar....
aku kini di uji..sejauh mana kekuatan aku untuk bersabar.... =,=
aku menyesal kerna marah....
sedangkan rasulullah saw telah mengajar dan membimbing bagaimana untuk mengawal dan menghilangkan kemarahan .....
SubhanAllah....
indahnya islam....
cukup dengan tips menghilangkan kemarahan tanpa perlu membayar.....
Ampuni aku ya Allah... :'(
insan kerdil ini terlalu jahil...daif...




TIP-TIP MENHILANGKAN @ MENGURANGKAN KEMARAHAN.... ^^

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bermaksud :

"Jangan kami memutuskan silaturahim dan jangan kamu bergaduh dan jangan kamu berhasad dengki dan jadilah hamba Allah s.w.t yang bersaudara."


KUNCI utama mengawal kemarahan adalah SABAR...


seperti mana firman Allah ta'ala :

" wahai orang-orang yang beriman!mohonlah pertolongan (kepada Allah ) dengan SABAR dan solat.Sungguh,Allah berserta orang-orang yang sabar "  (Al-baqarah ayat 153)




p/s : buat diriku yang hina..mulakanlah azam baru anda!kurangkan kemarahan dan hilangkannya.. ^^ insyaAllah..juga buat semua saudara seperjuangan seagamaku... ^^

" orang yang berjaya itu adalah orang yang berjaya menahan hawa nafsunya.. ^^  "

2 ulasan:

  1. what a nice advice for someone who lost him/herselft because of anger

    BalasPadam
  2. istighfar... :) insyaAllah... think positively,,,smile and wudhuk... ^___^ it is enough?

    BalasPadam