Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Isnin, 5 Ogos 2013

Bisikkan.

...Aku mahu membisikkan sesuatu.






Kita ada banyak kisah.Kadang buat kita susah nak tinggalkan sebab semua macam dah jadi isi, kulit, darah dan tulang dalam diri.  _ Kan?




Blog ini juga dulu mess with cerita 'dulu-dulu'.Tak tentu tajuk.Asal jadi cerita untuk kisahkan diri. Buang masa ber-jam untuk entry : kosong-bosan-merapuh. 



Mungkin tak tahu apa fakta nak diceritakan.Sebab diri bukanlah 'kaki' kaji benda fakta untuk kongsi post yang bagus-bagus - Rasa macam terseksa bagai menghadam buku sejarah waktu sekolah dulu.



Itulah 'fikiran' zaman 'jahiliyah' diri.








"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui.
kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani. 
 Semua itu akan diminta pertanggungjawabannya"
__Al-Isra 17: 32




Pap! 




Sungguh! rasa ditampar oleh realiti. Dan sebenarnya banyak perkara lagi yang boleh dijadikan cerita. kisah. dan mungkin hobi. Diri yang tak sedar betapa roh dan jasad sedang bawa amanah dari Allah untuk ISLAM.






Allah gerakkan tangan dan hati kita. Tulis dan lukis tentang iman, islam, dan kehebatan Allah. Betapa itulah kisah terhebat. 




"Sesungguhnya orang-orang yang beriman,
dan orang-orang yang berhijrah
dan berjihad di jalan Allah, 
mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.
allah maha pengampun, maha penyayang."
__ Al-Baqarah 2:218







Dibawah sedar tertanam cinta pada dakwah. Buat kita jatuh cinta.
Ternyata bukan sekadar pena yang berkata-kata, tapi hati turut sama merasa. Indahnya tarbiyyah.




" Wahai orang-orang yang beriman! 
jika kamu menolong (agama) Allah
nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
__muhammad 47:7 




:')
Dakwah.





" Bila nanti kita bertemu, aku mahu lagi bercerita. aku harap kau tidak lekas bosan, kerana
aku bukan budak sastera"





"Err..dan ku harap kau suka. "







p/s :  Buat diri, Semoga hati yang lurus terus lurus dan tidak lagi condong. 
        Buat kamu, Dengarkan. Bisik ke hati. :)
        






Tiada ulasan:

Catat Ulasan