Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Isnin, 22 Oktober 2012

Masih untuk kamu.


" lakaran kenangan terakhir di bangku sekolah"


" rindu pada kenangan kita ketika menjadi pemakai kain biru"




Teman.
Saya masih sama seperti dulu.
Yang kamu lihat mulanya di depan pintu kelas.


Saya  masih seperti dulu.
Yang selalu kau paut bahu.
 berjalan seiringan  di lorong-lorong sekolah kita.



Lorong yang melukiskan kenangan kita.
Koperasi sekolah.
Kantin sekolah.
Makmal sains pertanian.
Kebun botani.
Dewan sekolah.
Kedai PUM.
Makmal computer.
Tangga blok A,B,C
Bilik HEM.
Bilik kaunseling.
Bilik disiplin.
Dan…
Dewan makan aspuri_2008  : )




Teringat ketika mula merangka cita-cita .
Jurutera.
Pereka fesyen.
Usahawan.
Ustazah

ketawa.Ustazah?bukan senarai cita-cita antara kita.




=’)
Sungguh!
Membuatkan saya sentiasa tersenyum.
Dan teringat kamu.




" Bagi saya tiada erti perpisahan selagi kenangan itu bertanda di hati."






Kamu lah ‘kisah’ yang selalu tertulis dan mewarnai diari hidup saya.
Yang melangkah bersama  menempuh usia remaja.
Dan membawa laluan ke alam dewasa.







“ TojeQ,Acap,Chill,Olie” –  R_D.Masihkah kamu ingat?
Atau..
“Emory tyraki,kitaro ekakhi,suenichi iyanuki,kaoshi yanaki” – sakura _08.








InsyaAllah,suatu masa nanti kita berkongsi suatu ‘hadiah terindah’ ya.Buat kamu yang pernah mengajar saya erti dewasa.’Hadiah’ ini pasti akan sampai pada kamu.Saya pasti!kerana Saya tak mampu memberinya sendiri  melainkan DIA…


“Sungguh engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk   kepada orang yang engkau kasihi,tetapi allah memberi petunjuk kepada orang yang dia kehendaki,dan dia lebih tahu orang-orang yang mau menerima petunjuk.” [QS al-qasas : 56]

=)




Kerana Allah, saya selamanya sahabat kamu.
Dan kerana DIA saya sayang kamu.
NAJ_201012 : 2332
B/Padang Kota kinabalu,sabah.





P/S : Buat sahabat.Nurhayanah binti yaakub,Fauziah binti Osop,dan Sueriani binti Japar.Persaudaraan
         bukan termeterai dengan ‘bin’ atau ‘binti’, tapi cinta kerana Tuhannya.Walaupun menjejaki alam
         dewasa tanpa kamu,tapi kenangan lalu itu lebih banyak mentarbiyyah diri.Semoga ukhuwah ini
         berpanjangan hingga ke syurga.Aamiin ya rabb.Salam persahabatan juga buat 5Duranta_0809 .
        Namanya sahabat bukan ketika senang sendiri,tapi ketika jauh dimata.Saling mengingat dan
        Mendoakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan