Khamis, 11 Ogos 2011

♥ ♥ ♥ ♥Ukhti ku sayang.... ♥ ♥ ♥ ♥



Ya ukhti,
getaran hati tatkala memandang si dia, cukuplah istighfar sebagai penawarnya,
jangan kamu biarkan rasa itu meraja di dalam jiwa,
kelak nanti syaitan kan bergelak ketawa,
jatuh lagi seorang anak adam di jalannya.

Ya ukhti yang ku sayang,
Apakah kamu lupa?Akan janji Allah pada si pencintaNya?
Biar,manis mana pun cinta dunia,
kamu harus ingat,bahawa ia cuma sementara,
yang mana jika kamu lalai di dalamnya,
akan menjadi racun yang akan menghancurkan negeri akhiratmu yang indah di sana.

Ya ukhti yang kucintai,
kamu adalah permata,yang sangat mahal nilainya,
hanya layak dibeli oleh para mujahid dan syuhada yang benar-benar perkasa,
makanya,simpan lah rasa itu,jika bukan pada yang halal bagimu.

Bukanlah kita tidak dibenarkan untuk memiliki orang yang kita cintai,
tidak,tetapi Allah...yang selalu Mengetahui apa yang tersirat dan terlintas di hati ini,
bahawa lebih wajarnya kita sebagai hamba,supaya sentiasa bertawakal padaNya,
dalam soal hidup atau pun mati.

Iya ukhti,tidak perlu kita luahkan rasa cinta itu pada si dia,
kerana dia tidak berkuasa memutuskan untuk mencintai kita,
melainkan Allah jua yang mengizinkannya.
Dia juga  makhluk Allah,yang mana hatinya dipegang rapi oleh-Nya,
jadi tidak perlu meminta cinta daripada sang makhluk,
tetapi mintalah pada Allah,
kerana hanya Allah yang bisa membalasnya.

Ukhti yang dirindui,
betapa tiada siapa pun yang faham gejolak perasaanmu di kala ini,
jika hanya itu jalannya,untuk menutup segala pintu fitnah,
maka diri ini akan berdoa,semoga segalanya terbaik untuk mu jua.

Ukhti,apabila kamu  memilih untuk masuk ke gerbang itu,
ingat lah ini bukan pengakhir segala masalah,
tetapi hidup dan perjuangan dakwahmu baru sahaja bermula,
yang mana akan lebih sukar jika kamu tidak pandai mengemudikannya.
Jangan nanti ia menjadi pelemah iman mu sebagai pemegang amanah,
berusahalah,bersama dia sebagai pembimbingmu,
supaya sebuah perkahwinan itu juga dihitung ibadah untuk kelangsungan dakwah.






Ya ukht,
jangan pernah risau akan siapa pun jodohmu di hujung nanti,
sebaliknya bertawakallah sepanjang perjalanan ini,
bahawa Allah akan memberi yang terbaik untuk yang terbaik.
jika mahukan Muhammad,berusahalah menjadi Khadijah,
jika mahukan Yusuf,berusahalah menjadi Zulaikha,
jika mahukan Sulaiman,berusahalah menjadi Balqis,
Pesan ini juga khusus buat yang bertinta ini,
kerana hamba Allah ini selalu berkhilaf,masih selalu berusaha untuk mencapai redhaNya.

Yang terakhir dariku ukhti,
jangan sampai cinta makhluk melebihi cintamu pada Sang Khaliq.
Ini juga ujian sebenarnya ukht,
jangan terlalai dan terus hanyut,
kelak apabila ia dicabut,kamu terus tidak berdaya langsung untuk berdiri sendiri.
Diri ini sentiasa mahu melihat kamu tersenyum lagi.


-Ikhlas menyayangimu kerana Allah,
semoga kamu terus kuat di sana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan