Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Ahad, 15 Mei 2011

Aku ada pesanan untuknya...

Tolong beritahu si dia,

aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia,
cinta agung adalah cintaNya

Tolong beritahu si dia, 
cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia,
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati 
Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, 
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan
kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia, 
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu 
syurganya…

Tolong ingatkan si dia,
aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia
, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia,
aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, 
bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia,
bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, 
bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia,
aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, 
aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, 
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga
batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia,
bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya,
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, 
aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, 
aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia,
aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia,
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia,
aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia,
aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan 
dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak 

mampu memberitahunya sendiri…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan