Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Selasa, 19 Februari 2013

Empayar

" Mungkin di suatu sudut pandangan lain kau bukan siapa-siapa"


"Tetapi pada sudut harapan umat,kau dan perjuangan kau adalah pengerak empayar ini"






Mungkin kau hanya manusia biasa.
yang kadang tidak disedari oleh manusia lain bahawa dirimu wujud diantara mereka.
Kau juga manusia yang tidak dikenali ramai.
hanya biasa-biasa.



Tapi siapa tahu..
kau lah manusia itu.
yang hebat dalam strategik empayar.



Bergerak dari satu ke satu  sudut manusia.
untuk mengajarkan tentang islam.
untuk mengerak jiwa mengenal Tuhan.
.


Kau manusia berjiwa kental di dalam empayarmu.
Al-quran dan Sunnah garis panduan dan timbang sukat yang kau guna pakai.
Dia yang bernama Muhammad kau jadikan  inspirasi penggerak kejayaan.


Empayar dakwah  ini bukan apa-apa tanpa kamu,


" Wahai orang-orang beriman! jika kamu menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongmu,
dan meneguhkan kedudukanmu"
\[Muhammad : 7]



P/s : Ikhwan wa akhowat,sedarlah kita penggerak empayar ini. Bersatu hati memperluas membawa agama Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan