Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Isnin, 22 Oktober 2012

Masih untuk kamu.


" lakaran kenangan terakhir di bangku sekolah"


" rindu pada kenangan kita ketika menjadi pemakai kain biru"




Teman.
Saya masih sama seperti dulu.
Yang kamu lihat mulanya di depan pintu kelas.


Saya  masih seperti dulu.
Yang selalu kau paut bahu.
 berjalan seiringan  di lorong-lorong sekolah kita.



Lorong yang melukiskan kenangan kita.
Koperasi sekolah.
Kantin sekolah.
Makmal sains pertanian.
Kebun botani.
Dewan sekolah.
Kedai PUM.
Makmal computer.
Tangga blok A,B,C
Bilik HEM.
Bilik kaunseling.
Bilik disiplin.
Dan…
Dewan makan aspuri_2008  : )




Teringat ketika mula merangka cita-cita .
Jurutera.
Pereka fesyen.
Usahawan.
Ustazah

ketawa.Ustazah?bukan senarai cita-cita antara kita.




=’)
Sungguh!
Membuatkan saya sentiasa tersenyum.
Dan teringat kamu.




" Bagi saya tiada erti perpisahan selagi kenangan itu bertanda di hati."






Kamu lah ‘kisah’ yang selalu tertulis dan mewarnai diari hidup saya.
Yang melangkah bersama  menempuh usia remaja.
Dan membawa laluan ke alam dewasa.







“ TojeQ,Acap,Chill,Olie” –  R_D.Masihkah kamu ingat?
Atau..
“Emory tyraki,kitaro ekakhi,suenichi iyanuki,kaoshi yanaki” – sakura _08.








InsyaAllah,suatu masa nanti kita berkongsi suatu ‘hadiah terindah’ ya.Buat kamu yang pernah mengajar saya erti dewasa.’Hadiah’ ini pasti akan sampai pada kamu.Saya pasti!kerana Saya tak mampu memberinya sendiri  melainkan DIA…


“Sungguh engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk   kepada orang yang engkau kasihi,tetapi allah memberi petunjuk kepada orang yang dia kehendaki,dan dia lebih tahu orang-orang yang mau menerima petunjuk.” [QS al-qasas : 56]

=)




Kerana Allah, saya selamanya sahabat kamu.
Dan kerana DIA saya sayang kamu.
NAJ_201012 : 2332
B/Padang Kota kinabalu,sabah.





P/S : Buat sahabat.Nurhayanah binti yaakub,Fauziah binti Osop,dan Sueriani binti Japar.Persaudaraan
         bukan termeterai dengan ‘bin’ atau ‘binti’, tapi cinta kerana Tuhannya.Walaupun menjejaki alam
         dewasa tanpa kamu,tapi kenangan lalu itu lebih banyak mentarbiyyah diri.Semoga ukhuwah ini
         berpanjangan hingga ke syurga.Aamiin ya rabb.Salam persahabatan juga buat 5Duranta_0809 .
        Namanya sahabat bukan ketika senang sendiri,tapi ketika jauh dimata.Saling mengingat dan
        Mendoakan.

Jumaat, 28 September 2012

Ajar ku !






Aku kira.
aku adalah manusia yang sering merasa peritnya hidup.
rupanya dia.
manusia yang sebenarnya mengajarku keperitan hidup sebenar.



Aku kira.
aku adalah manusia yang sering diuji.
rupanya dia.
manusia yang mengajarkan aku makna ujian tuhan itu.




Senyuman mu duhai sahabat.
seperti menarik aku untuk menyelam ke jiwa mu.


senyuman ketenangan.
walau didalamnya penuh  bicara pilu.





" Allah,pertemukanlah hati ini lagi kerana di situ aku semakin mengenal-Mu "






Seperti  ada sesuatu di hujung senyuman itu.
airmata.

Penuh dengan tarbiyyah.
ajar diri untuk ingin lebih  'hidup'.





Syafakillah!

Ramizah Az'zahra Binti Rusdi.
FOW,QHE 2.
1507:290912.









p/s :  Jazakillahu khoir adik sayang lilahitaala.Sungguh ketabahanmu mencuri hati ini.Engkau wanita hebat yang mencontohi baginda Rasulullah!!semoga ukhuwah ini seperti Abu bakar al-siddiq,persahabatan dijalin   kerana al-khaliq.
p/s/s : InsyaAllah,bertemu lagi kelak.Pelukan semalam masih disimpan di qolbi  =) .



Jumaat, 7 September 2012

Seperti pelangi.



" Selesai hujan,pelangi hadir menghiasi dada langit "










Pernahkah kau melihat pelangi?
setelah hujan turun membasahi bumi.


Ia hadir seperti datangnya sebuah tarbiyyah.
setelah hujan jahiliyah semalam membasahi diri.


Hadiah terindah dari ilahi.
Seperti memujuk untuk kembali kepada-Nya.


Bebas daripada takhlukan jahiliyah.
Memeluk tarbiyyah tanpa melepaskan lagi.










 Dia dan sejuta lukisan pelanginya.
-Oki Setiana Dewi (OSD)-



Tentang cerita yang penuh dengan skenario hidup.
Amat mendidik untuk memaknai hidup.
meski lukisan pelangi ku tak sehebat 'sejuta lukisan pelangi ' dia ,aku masih mahu melukiskanya. 

=)








p/s : Ya Allah, terima kasih keindahan pelangi-Mu!
        Syukran Kathiran, jazakillahu khoir ya ukhti      
        Azriana ,mujahidah yang belum pernah ku temui,mungkinkah nanti? InsyaAllah : ) 
        yang meminjamkanku cerita tentang 'si dia dan pelanginya', 
        juga buat si bidadari dunia,
        pernah membawaku berlari melihat pelangi.
        Ukhti Nursaba Abdullah,kerana menemukan aku dengan Azriana si pemilik buku.
        Semoga segala kebaikkan kalian dibalas oleh-NYA dengan kebaikkan yg banyak.. 
        
         =)
      






Isnin, 27 Ogos 2012

Rindu.


Setelah ramadhan meninggalkan pergi...
syawal datang meng'hidupkan' ku memenuhinya dengan kesederhanaan...
Penuh dengan cinta yang sukar untukku lihat..
dengan makna yang penuh dalam..


Andai bicara itu boleh meluahkan segala..
pasti airmata pula penterjemahnya..
Entah mengapa sukar untuk berkata-kata!


Sepertinya ada yang aku rindukan...





p/s : Sungguh merindui saat indah ramadhan!
         Semoga bertemu  lagi  dan semoga bertarbiyyah hingga ramadhan terakhir.. 
          :')








Rabu, 8 Ogos 2012

Ramadhan itu mentarbiyyah

Assalammualaikum warahmatullah wabarakatuh...
sekali hati bertinta,semoga ianya memberikan ingatan dan manfaat ...




"hai orang-oarng yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa" (QS.Al-baqarah:183)






Bila mula buka cerita tentang ramadhan,semua orang muslim dah tahu nak definisikan ramadhan tu apa,walaupun ramadhan tu sebenarnya adalah salah satu bulan di dalam bulan islam.Bulan yang diwajibkan ke atas orang islam untuk berpuasa sebulan.



Ramadhan =  berpuasa




kita tahu makna ramadhan,kita tahu peristiwa ramadhan,tapi kita tak 'hidup' dalam makna tu.Ramadhan yang dinanti  adalah  ramadhan untuk dihayati,untuk dihidupkan,untuk membersihkan diri daripada 'sawang-sawang' kejahilan.Bukan untuk diertikan dengan moreh,persediaan raya,meriam buluh dan bazaar ramadhan segalanya.tapi apa yang saya dan anda semua dapat lihat hanya makna semua ni,seolah-olah dah jadi budaya yang susah nak tinggal.


Ramadhan ini lah sebaiknya kita mengisi ruang-ruang waktu yang ada,penuhkan malam dengan sujud menghadap tuhan,menikmati keindahan tahajud didalam makna yang dalam.

Ramadhan inilah kita mencorakkan langkah untuk berubah,berubah untuk menjadi lebih baik.lebih bermakna pada diri.Antara langkah untuk mendekati tuhan.InsyaAllah..

 =)




Ramadhan lebih mentarbiyyahkan diri untuk berubah .... 
=)





InsyaAllah..









Semoga ramadhan lebih bermakna dan bertanda dalam diri ...





Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. 

(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)








Ramadhan itu menghidupkan 'hidup' agar jahiliyah itu pergi menjauh ....
Semoga ramadhan ini bukan sekadar cerita yang menjulang dongengan..
tetapi sebuah kejayaan...
Aamiin ya rabbal a'lamin..





p/s :Antara aku dan kau  Semoga ramadhan kali ini bermakna,lebih mendidik....
        ya Allah,semoga ini bukan ramadhan yg terakhir hamba.. =)

Ahad, 8 Julai 2012

Jatuh cinta =)

Hari demi hari ku intai rasa ini sepertinya kian bercambah...
SubhanAllah!Aku seperti sedang jatuh cinta ya Allah!

=)

hanya mampu tersenyum...
ternyata Tarbiyah itu menakhluki hatiku dengan izin-Mu ya Rabb...

Jika para ilmuan ditanya tentangnya..


 "Menurut Dr Ali Abdul Halim Mahmud dalam buku beliau -'peringkat-peringkat tarbiyyah Ikhwanul muslim mendefinisikan Tarbiyah sebagai suatu cara ideal berinteraksi dengan manusia untuk mengubah mereka dari suatu keadaan kepada keadaan yang lebih baik."


Dan...



jika aku ditanya tentang tarbiyah..


Seolah-olah aku ingin memberitahu seluruh bumi dan isinya..
Mencari satu persatu makna yang harus kucantumkan didalam satu huraian yang panjang..


Inilah tarbiyah..
Tentang cinta yang mendidik hati dan diri...!
kemanisan hidayah membawa aku kepada tarbiyah ini....





p/s : Tarbiyah ini untuk aku dan dirimu!







Khamis, 14 Jun 2012

Pandang Dan dengar manusia

Aku seringkali melihat pada pandangan mata manusia,
Sehingga aku lupa pada pandangan Allah..
Aku seringkali mendengar kata-kata manusia,
Sehingga aku lupa pada firman Allah..





Memang benar...
Aku bukan penilai hati setiap manusia..
Kerana aku hanya hamba tuhan..
Aku bukan manusia yang lepas dari segala dosa..
Kerana aku bukan maksum..
Aku bukan manusia hebat atau terkenal..
Kerana aku hanya seorang Nur Afthirah Humaiyra..




Jika bagimu aku  ingin  disanjungi..
Demi Allah,aku manusia hina yang serendah-rendahnya..
Jika bagimu mempamerkan ilmu..
Demi Allah,akulah manusia jahil itu..



Kata sang naqibah...
“Duhai ukhty sayang..
Hiasilah peribadimu dengan sifat hudznuzon(bersangka baik)…
Kerana bersangka baik itu lebih memudahkanmu daripada su’zon(bersangka buruk)..
Kerana ia hanya membawa kemudaratan dan kehinaan padamu disisi tuhan..”
-kak lai-


"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya tumbuh ditepi jalan.Dilempar buahnya dengan batu namun tetap dibalas dengan buah"

-Abu Bakar as siddiq-



p/s : Duhai diriku dan dirimu…
        Tiada ilmu terbaik melainkan datangnya daripada Allah Swt..
        Tiada kemuliaan darjat melainkan disisi Allah..
        Tiada kebaikkan melainkan bersangka baik..
        Tiada pandangan utama melainkan pandangan Allah ..
        Dan tiada kata-kata terbaik melainkan Firmannya dan sabda Rasulullah..