Foto saya
Tulisan ini adalah dunia kecil yang penuh aksara. Bila nanti sudah tiada lagi, paling tidak masih ada tulisanku berbicara kepadamu. Dengan izin Allah :)

Jumaat, 2 Ogos 2013

Terindah.








Sebenarnya.
Dia cukup untuk segalanya.
malah lebih dari itu.

Hakikatnya.
kita yang selalu jauh.
Dan makin jauh.

Namun tanpa sedar.
Kita akan kembali juga kepada hakikat penghambaan diri.
Pada Dia.

Ya pada dia.
dan pastinya Dia peneutralisasi segala kepayahan.
kesakitan.
kedukaan.
Bahkan kehinaan.


:')

Dia yang tak pernah berhenti.
Walau kita yang yang menjauh.
Dia sang pemujuk hati.


Allah Azza wajalla.
Sang pencipta terindah.





p/s : Ternyata hidup semakin indah dibawah rahmat Tuhan. Allah S.w.t

Sabtu, 9 Mac 2013

cita-cita.




A: hidup kau best dapat jadi engineering,yang macam kita angan 
dulu...

B : Kau lagi best,sebab Allah syg kat kau la dia bagi apa yang 
kau tak suka. :) 


A : ...... 

Ini antara dialog kita dulu.masihkah kau ingat?aku budak yang tak pernah lupa angan-angan kita.Walaupun Allah hantar aku di sini.Rupanya di sini ada makna sebuah kehidupan. 

#Aku,budak paramedik.Semester 6







Dia kata :

walau tanah yang kita pijak berbeza benua,tapi Allah hadirkan langit yang sama untuk kita berteduh.Tarbiyyah sentiasa ada dalam hati sebab doa menyatukan kita :')

#Si budak skema,Budak engineering part 6




kenapa kau suka gelar aku budak skema? _ Dia,Budak skema




p/s : "Aku gelar kau budak skema sebab kau banyak ajar aku tentang hidup dengan skema Allah dan Rasul".

        "Beza kita cuma pada buku yang kau dan aku baca,membezakan alat belajar yang kita pakai.aku 

        banyak 'main' dengan jarum,ubat,.Kau banyak 'main' dengan pembaris,lukisan,mesin dan alat rekacipta 
        kau."

        " kita beza kerjaya walau dulu cita kita sama, tapi untuk jadi hamba Allah yang taat, itu cita-cita kita hari ini 

          hingga 'nanti' in shaa Allah... :') "
       
        

Ahad, 24 Februari 2013

warna-warna hidup.

" The man who decided to change on the 12th,dies on the 11th "
_the 11th : Hlovate



Masa lalu.

semua orang ada.
dan setiap orang juga belajar dari masa lalu.
sama ada untuk maju atau tetap dengan masa lalu punya perisa hidup,
Lorong-lorong jahiliyah tu tak kan tinggalkan kita,
melainkan kita yang keluar dari situ.
Cari udara baru untuk bernafas.

Ketawa dan menangis.
itu yang buat kita jadi dewasa.
semua tu kita rasa waktu jadi zaman budak remaja.
Masa dulu-dulu memang best.
sebab kita cuma mahu buat apa yang kita mahu buat.
kita nak rasa semua benda baru yang best pada mata kita.

Cuma sayang masa lalu kita tu macam tak kenal tuhan.
kita peruntukan masa seharian untuk benda yang boleh buat hari-hari kita fun.
Memang whoa! best and fulled with joy.

Tapi suatu masa,
bila nak tinggal semua benda tu yang payah.
Pandang semua orang macam dah tak nampak siapa.
time tu cuma 'nampak tuhan' saja.
Sayang sungguh kan dua puluh tahun hidup tak nak kenal tuhan.

Tapi tu la
tanpa masa lalu tak kan ada hari ini.
yang mungkin lebih baik.
baru lah rasa diri ini hidup.

Melukis la.
dengan warna-warna hidup baru.
dengan crayon,pastel-color,pencil color, or buncho.

Tak sia-sia mujahadah.
berhabisan nak lawan diri untuk tinggal masa lalu.
sebab Allah dah janjikan syurga.
dan kita dapat balik siapa diri kita,
kenal tuhan kenal rasulullah.
indah kan?

Orang memang tak suka,
kawan memang pulaukan,
tapi..
If they dont love you, Allah does..

Hidup dalam tarbiyyah,
cuma antara kita dan Allah.
Orang-orang soleh ada tepi kiri kanan yang Allah hantar.



Allah said :
" O ye who believe! if ye will aid (the cause o) Allah,
He will aid you,and plant your feet firmly "
[Muhammad : 7]


p/s : Bila Allah nak bantu(beri hidayah) kepada  kita,tak kan ada tangan yang boleh menghalang.Dan bila Allah tutup hati kita,tak kan ada yang boleh menghulurkan tangan untuk memeri hidayah atau bantuan. SubhanAllah.. :')

Jumaat, 22 Februari 2013

Monolog Tarbiyyah






Aku bukan karyawan.
yang boleh menulis keindahan  dengan kata-kata.
kerana aku hanya menulis berdasarkan karya tuhan.

Aku bukan pelukis.
yang boleh melukiskan perasaan.
kerana aku hanya mampu melukiskan senyuman  wajah kerinduan pada Allah dan RasulNya

Aku bukan diantara keduanya.
cuma aku mahu menuliskan dan melukiskan.
sesuatu tentang tarbiyyah.








" Bila saya tak mampu nak sampaikan pada kamu,saya selalu tulis dalam kertas dan lipat menjadi perahu kecil dan saya gantung cantik-cantik.Makin banyak saya buat makin kuat rasa nak sampaikan pada kamu,lalu saya kirimkan pada kamu melalui monolog ini..kerana saya yakin yang mengalirkan perahu-perahu ini pada kamu adalah doa "




   " Selalu saya melihat kamu menulis tentang tarbiyyah,tak pernah bosan? "


 "Saya sangat sangat merasa bosan.Hanya apablia ditolak,tetapi tak pernah bosan mengajak"




" Hal yang paling mustahil ialah memuaskan hati oarng lain"_ Imam al-ghazali






P/s : Tuan empunya blog  juga seorang yang pernah, sedang dan akan ditarbiyyah.
        Seseorang pernah pesan : bersedia untuk di tolak, kerana itu adalah pengerak dan bila rasa terluka itu datang atas 
      sebab Allah,ia menjadi seperti penawar kedukaan.. :') Allahuakhbar... 

Selasa, 19 Februari 2013

Empayar

" Mungkin di suatu sudut pandangan lain kau bukan siapa-siapa"


"Tetapi pada sudut harapan umat,kau dan perjuangan kau adalah pengerak empayar ini"






Mungkin kau hanya manusia biasa.
yang kadang tidak disedari oleh manusia lain bahawa dirimu wujud diantara mereka.
Kau juga manusia yang tidak dikenali ramai.
hanya biasa-biasa.



Tapi siapa tahu..
kau lah manusia itu.
yang hebat dalam strategik empayar.



Bergerak dari satu ke satu  sudut manusia.
untuk mengajarkan tentang islam.
untuk mengerak jiwa mengenal Tuhan.
.


Kau manusia berjiwa kental di dalam empayarmu.
Al-quran dan Sunnah garis panduan dan timbang sukat yang kau guna pakai.
Dia yang bernama Muhammad kau jadikan  inspirasi penggerak kejayaan.


Empayar dakwah  ini bukan apa-apa tanpa kamu,


" Wahai orang-orang beriman! jika kamu menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongmu,
dan meneguhkan kedudukanmu"
\[Muhammad : 7]



P/s : Ikhwan wa akhowat,sedarlah kita penggerak empayar ini. Bersatu hati memperluas membawa agama Allah.


Isnin, 18 Februari 2013

berbahagialah



"Wahai hamba-hambaku! aku telah berikan kurnia kepada kamu dan aku telah meminta hutang, pinjaman daripada kamu.Barangsiapa yang telah memberikan suatu kepadaKu  dari apa yang telah aku kurniakan itu dengan taat, nescaya Aku membalasnya dalam waktu yang singkat (di dunia) dan aku simpan baginya untuk waktu yang akan datang (akhirat).Tetapi barang siapa yang Aku ambil sesuatu yang telah aku berikan secara paksa,namun ia bersabar dan berusaha dengan ikhlas kerana Allah,nescaya aku wajibkan pemberian hadiah dan rahmatku baginya, dan aku catatkan bahawa dia termasuk orang yang mendapat petunjuk, dan aku berikan dia menikmati nikmat memandang kepadaKu "


(Hadis Qudsi,Hadis riwayat Rafi'i dari Abu Hurairah r.a)



p/s : Allah tak kan hadirkan kisah yang sia-sia :')

Rabu, 23 Januari 2013

s.a.h.a.b.a.t


Sahabat,ada rindu !





Mungkin kah ada buku yang mampu terjemahkan makna ‘rindu’ ?
Atau..
buku yang mengisahkan tentang rindu?

Makna rindu ini apa?
Dibalik ukhuwah fillah ini..
Kadang tu…
Apa yang cuba kita terjemahkan itu masih tak sama dengan apa yang dikata oleh hati.
Tapi satu tafsiran mendalam amat berbekas bila  mana ingat kenangan bersama .

Lama bersama..
Mengejar  dewasa…
Membawa islam di antara belahan ramai manusia..
Itu kadang apa yang selalu kita perjuangkan..
Tapi bila tiba masa..
Berpisah juga mengikut masa.

Airmata?
Siapa diantara kita yang boleh bertahan tanpa kasih dan kisah persahabatan?
Aku?
Atau……kamu?

Ya rahman.
Pelihara aku.
Pelihara mereka.

Ya Rahim.
Pelihara iman ku.
Pelihara iman mereka.



Persahabatan.
Bila islam jadi penghubung.
Bila Allah jadi penaung.
Di situ kasih berpayung.

Sahabat..
Bila dekat menasihati bersama.
Bila jauh saling mendoa.
Di situ rindu terbina.




Cahaya_130113:1304_B201


p/s :Kerana ukhuwah terbina
        Atas tali kasih Allah
        Maka rindu ini juga bertanda kerana-NYA
        Mungkin kerana tarbiyyah
        Yang buat aku menjadi perindu kamu semua =’)